Saturday, January 14, 2012

TIPS MEMBUATKAN ANAK ANDA RASA DIRI MEREKA DISAYANGI



Selamat petang.


Sudah dinner? pada yang belom dinner, cepat makan ye.tak eloh makan lewat malam leas tu tidor, nanti cepat gemuk!.hehe. oh ye, mungkin ada antara readers yang tidak sabar menunggu entri berkaitan parenting dari PCB. macam tahun lepas, banyak jugak yang tips berkaitan parenting yang PCB bagi. 


Kali ini PCB akan beri tips berkaitan dengan cara untuk membuatkan anak anda rasa diri mereka dihargai oleh anda sebagai ibu bapa. Entri ini sesuai untuk yang sudah punya keluarga, bakal berumahtangga atau yang masih single sebagai ilmu bersama.


sekadar gambar hiasan..


TIPS MEMBUATKAN ANAK ANDA RASA DIRI MEREKA DIHARGAI


1) Ucapkan kata-kata yang manis untuk memuji kejayaan mereka.

Apabila anak anda mencapai kejayaan, mungkin dalam peperiksaan dan apa jua bidang, ucapkan tahniah atau kata-kata manis yang membuatkan hati mereka lebih gembira. Anda sebagai ibu bapa adalah tulang belakang mereka dan jika anda menyokong mereka, sudah pasti mereka terasa diri mereka sangat disayangi.


2) Berilah sokongan moral ketika mereka sedih.

Ketika anak sedang bersedih, dekatkan diri anda dengan mereka. peluk mereka dan bertanya apakah yang membuatkan mereka bersedih. Sudah pasti mereka akan menceritakan kesedihan mereka kerana mereka lebih selesa untuk berbicara. Jangan menambah kesedihan anak anda dengan menghukum mereka sebaliknya memberi sokongan moral untuk mereka kembali tersenyum.


3) Dengarlah pendapat dan kata-kata mereka.

Kadang-kadang, masalah utama ibu bapa ialah tidak mempunyai masa untuk mendengar kata-kata anak mereka. Ibu bapa lebih gemar memeberi arahan tetapi kurang mendengar luahan anak-anak.Ini membuatkan anak-anak memberontak untuk melakukan kesilapan. Ambil sedikit masa dan berbincang dengan anak anda.Jangan ingat diri mereka yang sekerdil itu tidak mampu memberi idea untuk mengubah cara kita.


4) Luangkan masa melakukan aktiviti bersama-sama

Masa bersama keluarga adalah waktu yang paling berharga bagi anak-anak.Jika hari bekerja anak-anak sukar dapat meluangkan masa bersama ibu bapa, gunalah waktu hujung minggu dengan sebaiknya. Lakukan aktiviti yang mereka minat bersama-sama dan InsyaAllah mereka dapat merasakan yang ibu bapa mereka sentiasa menyayangi mereka walaupun masing-masing sibuk dengan tugas.


Semua ini adalah idea dan ayat PCB sendiri, tidak dicedok di mana-mana artikel.Mohon maaf jika terdapat persamaan yang tidak disengajakan.


notakakiPCB: tengah tunggu nasi goreng ayam kukus dari Pasar Malam.selamat makan!!



7 comments :

Iffah Afeefah said...

tips y baik

nak tips cr lelaki idman lak

hawiz said...

bgs sungguh tips pokcik nih..pokcik biler nk kawen??

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

nice tips..

EZAD AMIR said...

Nice tips..
Poblem nye,msh dara kah mrk?
Ekekekeeke

Cik Nin said...

baguz2... :)

Blogsyarih.com said...

ramai ibu bapa pandai bermanja dengan anak-anak tapi tak pandai menasihati mereka....mungkin kurang kesabaran..

sarah said...

I LIKE THIS ARTIKEL..