Sunday, January 15, 2012

TIPS MEMIKAT LELAKI IDAMAN



Selamat malam.




beberapa hari lepas, blogger Iffah Afeefah ada minta PCB buat tips untuk memikat lelaki idaman. wah, dah ada secret admirer ke!! huhu. InsyaAllah PCB cuba untuk membantu Iffah. sebelum ini, PCB ada buat tips memikat wanita idaman (boleh rujuk sini)


sebenarnya tips untuk memikat lelaki lebih kurang sama dengan tips memikat wanita. Namun, mungkin pendekatan yang berbeza kerana sifat seorang lelaki adalah jauh berbeza dengan sikap seorang wanita.


sekadar gambar hiasan.



TIPS MEMIKAT LELAKI IDAMAN



1) Bersifat keibuan

secara jujur, lelaki lebih gemar pada wanita yang mempunyai sifat keibuan. Sebagai contohnya, suka pada baby dan kanak-kanak, suka memujuk kanak-kanak menangis, dan sebagainya. Kenapa? sejuk hati seorang lelaki bila melihat anda peka terhadap alam rumahtangga walaupun anda belum berumahtangga. Dan itu merupakan salah satu bonus buat anda yang bersifat keibuan.



2) Jadi pendengar setia dan bukan menjadi pembangkang

Lelaki juga tidak pernah lari daripada masalah. Masalah yang dihadapi biasanya akan dikongsi bersama dengan orang yang tersayang dengan harapan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang dialami. Jika anda ingin tunjukkan rasa simpati dan ambil berat anda, bagi peluang untuk dia bercakap dan meluahkan perasaan dia. Jangan sesekali anda bangkang mereka. Itu hanya memburukkan keadaan. Jika anda tidak speendapat dengannya, jangan terus membangkang. Lelaki perlu dipuji dahulu beberapa kali sebelum anda bangkang. itu taktik sbeenar!!



3) Jadi seorang yang berdikari dan tidak mudah putus asa


Lelaki lebih gemar seorang wanita yang kuat semangat dan tidak bergantung pada lelaki. Kadang-kadang sesetengah wanita terlampau manja untuk meminta pertolongan lelaki sedangkan perkara itu mampu mereka lakukan sendiri. Pada awalnya,mungkin lelaki akan tahan kerana cinta, namun jika ia berlarutan, lelaki itu akan merasa rimas yang terlampau dan merasakan wanita itu gedik dan ambil kesempatan. Jadi, wanita boleh meminta tolong lelaki jika betul-betul tidak mampu dan bukannya untuk mengambil kesempatan.


4) Sentiasa berterus terang dan tidak hipokrit.

Sama seperti wanita, lelaki juga suka wanita yang terus terang dan tidak hipokrit. Jangan terlampau sempurna di hadapan lelaki semata-mata untuk menutup kelemahan anda. Lelaki mencintai anda seadanya dan boleh menerima kelemahan anda. Sentiasa berterus terang tentang sikap anda yang sebenar. Hal ini lebih disenangi lelaki.



banyak lagi tips untuk memikat lelaki idaman.boleh Google di internet.dan yang paling penting wanita punya kuasa!! kenapa? air mata wanita bisa cairkan hati lelaki!!


notakakiPCB: selamat mencuba


11 comments :

Iffah Afeefah said...

aku memain jela weh

sje nyakat ko

erk kuase air mate tu skong 100%

robowtasmara said...

pandai memasak pun faktor jugak :D

Cik tikah said...

cik tikah suka lelaki yg penyabar :)

KiD said...

waaaaahh.. boleh jadi dr Love nih

apix said...

wau .. hehehe . terbaik ar bro .. hee ..

aDisH.sHidA said...

thanks wan share nie.... :)

Mak Lagenda said...

Tips sepohsen dari mak yg dah memiliki lelaki idaman:

- Jadilah diri sendiri..kerna, Insyaallah Allah dah tetapkan siapa lelaki yg bakal memiliki kita

hafiz hafizol said...

untunglerrr dh jadik dokter cinta skunkk.... :P

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

lelaki suka pompuan pandai memasak kan..kan.. btol tak? hehe

kiera'sakura said...

klu xnk lelaki terpikat kena elakkan tips2 kat ats nie la erk? hihihihi

Sunah Sakura said...

peh peh peh....takmo la buat macam kat atas ni, takut ramai terpikat lak kang..ahaks~ :p