Friday, January 6, 2012

UKM BANGI TERPUTUS BEKALAN AIR | PELAJAR HADAPI SAAT GENTING SEWAKTU MUSIM PEPERIKSAAN



itulah yang berlaku di UKM Bangi sekarang ini. masing-masing sibuk mencari punca air disebabkan putus bekalan air di Lingkungan Pertama UKM. manakala lingkungan kedua UKM masih mendapat bekalan air.


Hal ini lebih terjejas teruk kerana sekarang ini adalah musim peperiksaan pelajar UKM. Kebanyakan pelajar tidak dapat fokus dalam peperiksaan. ada yang lenguh tangan kerana mengangkut air untuk mandi dan keperluan harian yang lain, ada yang terpaksa membazir masa mencari punca air dan sebagainya.


PCB sendiri menghadapi sedikit kesulitan untuk mencari sumber air. memang ada tempat yang masih ada sumber air tetapi pelajar UKM adalah ramai dan sudah pasti tidak dapat menampung bekalan air dari kadar yang biasa. Selain itu,tidak semua pelajar mempunyai kenderaan untuk bergerak ke suatu tempat dan hal ini sangat menyulitkan keadaan terutama bagi pelajar perempuan.


Hal ini berlaku disebabkan paras air terminal bangi yang dikatakan berada di bawah paras normal dan menyebabkan bekalan air tidak sampai ke UKM. Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UKM kerana mengambil berat tentang isu ini dan PCB serta warga UKM berharap agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.





Facebook TNC HEPA UKM. meluahkan tentang isu ini.


di bawah ini PCB tunjukkan antara luahan pelajar UKM kepada SYABAS.diharap agar SYABAS mengambil serius mengenai isu ini.








kepada semua pelajar UKM Bangi, PCB harap anda semua bersabar dan ini adalah salah satu ujian dari tuhan untuk melihat kesabaran kita.


notakakiPCB: Harap-harap masalah ini cepat settle.



17 comments :

Shafiq said...

kesian korang..paham sangat2 kesusahan ketiadaan air. Saya lebih rela elektrik takde dari air takde..sabar ek PCB.. dugaan tu...

diana said...

kenapa selalu bekalan air terputus terjadi kat kampus???

whitecappuccino said...

Pening kepala musim2 exam kalu tak mandi..camana nak study ? apapun harap bersabar, adalah jalan penyelesaiannya nanti..

A'IM said...

naper tak wat mogok X exam selama sebulan..haha.. best ah takder air..leh meronda2

IMANSHAH said...

harap bersabar uols

gedek! said...

tak bayar bill kot?

Rizwan Ewan said...

huhu..dugaan d minggu exam..bnykkan brsabar.. >.<

Cik Pulau said...

nasib baik sepanjang duduk ukm dulu..
paling lama pun takdak air sehari je..
kat ibu zain la...
hihihi..

ahsfantasy24 said...

IPG selalu hadapi masalah ni dulu,
sekarang beransur ok, nak solat susah
bila tak ada air, mandi tu lagi2lah, huu
bersabar ok ;)

Latest post: sayang sambil lewa?

aCu said...

tu la. rasanya ni krisis air paling teruk kat ukm rasanya. tabah ye. dugaan exam ni.

J.Syazwana said...

kesiannya.
harap semua dapat bersabar dengan dugaan peperiksaan ni.
aku baca pon sedih.

Iffah Afeefah said...

xkn tkde takungan air

rase xjd mslh besar pon

kami sllu je xde air dlu2

kulanz said...

tinggal kolej kalau bekalan air terputus memang susah.. harap masalah tak berpanjangan

Emmet said...

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

Izan Ishak said...

betul2 dugaan ni buat student2 ukm... tengah exam plak tu... harap2 masalah ni cepat selesai...

*teringat zaman kami matrik kat kypm bangi dulu... kena mengangkut air dari lori tangki yg dtg.

Halimatun Sa'adiah said...

payahnye kalo da jd cmni...
kpd yg tlibat diharap kalian tabah mehadapi situasi ni ek..

anamizu kaito said...

mmg betol2 dugaan.. so skg dah ok ke PCB??








luv,
cik ana