Wednesday, February 1, 2012

3 KEBAIKAN MEMELIHARA BINATANG PELIHARAAN (PETS)



Assalamualaikum dan salam Februari.


PCB tengok kini macam dah jadi trend kan orang pelihara pets (binatang peliharaan). ada kucing, hamster, sugar glider dan banyak lagi lah. PCB last ada pets pon masa zaman kecik dulu.  ada kucing nama Manja. tapi sebab Manja ni degil, suka berak merata-rata, ayah PCB dah buang jauh-jauh. pernah jugak Manja ni datang balik rumah PCB, pastuh ayah PCB buang sekali lagi, lagi jauh. lepastuh, Manja dah tak pulang-pulang. =(.


sumber : google


PCB rasa mesti korang kenal seorang blogger ni. Hidayat's petBlog. dia memang seorang animal lover. blog dia sangat menarik dengan gambar-gambar pets kepunyaan dia.


Mungkin ada sesetengah orang yang merasakan remeh untuk memelihara pet kerana perlu mencuci mereka, dan kalau kucing yang suka berak merata, asyik kena cuci je najis mereka. Sebenarnya memelihara binatang peliharaan atau pets ni banyak kebaikan.


1) peneman di kala duka.


binatang juga punya perasaan.sama seperti kita. Kadang-kadang bila kita sedih, dia lihat kita pon dia rasa sedih. Sebagai contoh, kucing. Bila kita sedih, kucing itu akan datang kepada kita dan menggesel-gesel dan mengeluarkan bunyi seperti mahu memujuk kita. sweet kan. mereka punya hati untuk memahami perasaan kita.


2) keselamatan.


Mungkin anjing tidak sesuai untuk dipelihara oleh orang Islam. Namun, secara amnya, anjing yang dipelihara lebih cepat mengesan bunyi dan bau dari jauh. Sebagai contohnya, jika anjing terhidu asap kebakaran atau merasakan rumah tuan mereka dipecah masuk oleh perompak, anjing akan menyalak supaya semua orang tersedar. Kucing pon sama, pernah terjadi pada rumah jiran PCB, apabila ada seekor ular memasuki rumah, kucing akan bergelut dahulu bersama ular itu dan mengiau meminta pertolongan kita.


3) pupuk rasa kasih sayang.


Islam dan agama lain mengajar penganutnya supaya kasih dan sayang kepada binatang. Binatang tidak punya akal, namun masih punya hati dan perasaan. Bila kita ada pets, secara tidak langsung, kita akan menyayangi mereka dengan memandikan mereka, memberi ubat jika mereka sakit, mencuci sangkar mereka, memberi makan dan sebagainya. 


rasanya 3 kebaikan ini pon sudah cukup untuk menggambarkan bahawa memelihara pets adalah sesuatu yang tidak membazir dan bermanfaat.


notakakiPCB : jom tengok blog Hidayat pet'sBlog untuk gambar pets yang comel.

10 comments :

eiela said...

kucing tuh comel, kdg2 ia faham perasaan kita, boleh hiburkan hati dan hilangkan stress.

Amirah Yusof said...

aku tak suka kucing fullstop =="

Cik Chenta said...

sy pun pnh bela, tapi cuai.... depa dh lari....tapi dlm bela pets ni, ada satu entry nk kongsi....

AWAS KEPADA PEMILIK HAMSTER....

http://cikchenta.blogspot.com/2012/01/info-awas-kepada-pemilik-hamster.html

Lelaki Ini said...

suka kuceng!

HazwanDotCom said...

betul tu..Allah suka kalau kita berbuat baek kepada binatang

Cik Rose Cute said...

SUKA JUGAK KUCING...TAK TAHAN DENGAN BAU TAHI DIA HEHEHE

KiD said...

bela arnab boleh tak?? heheeh

Ezad Skytech said...

banyak pahalanya kalau sayang kat haiwan ni..:D

whitecappuccino said...

suka pets..kucing dan rabbit

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

teringin nak bela kucing.. tapi..xleh.. kesian kat adik..xleh kena bulu kucing..kang lelah plak.. huhu