Wednesday, February 1, 2012

AMALAN NASI KANGKANG | AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Amalan nasi kangkang atau juga dikenali sebagai nasi tangas sudah lama dikenali dalam masyarakat kita terutamanya masyarakat Melayu. Nasi kangkang ini bukanlah satu menu yang dijual di kedai-kedai seperti nasi goreng, nasi beriani dan sebagainya. Tetapi, ia adalah satu perbuatan yang keji dan dikutuk dalam Islam.


sumber : Aby Rad


Apa itu nasi kangkang?


Menurut blog Ammar.Com , Nasi kangkang ialah nasi yang dimasak, masih panas dan diletakkan di dalam pinggan. Kemudiannya, perempuan itu akan memakai kain batik dan duduk mencangkung serta meletakkan nasi yang panas tadi betul-betul di bawah kemaluannya.

Hasil daripada itu akan mengeluarkan wap dan wap itu terjatuh atas nasi. Nasi itu kemudiannya diberikan kepada lelaki yang dijadikan mangsa. Kesannya, lelaki tersebut akan lebih menyayangi perempuan itu. Kesannya akan lebih hebat jika perempuan itu membuat nasi kangkang ketika mereka haid.


Perbuatan ini amat dikeji dan dikutuk oleh Allah SWT kerana ia adalah syirik iaitu menduakan Allah SWT. Perempuan yang biasanya melakukan perkara ini adalah seorang isteri yang tidak mahu suaminya mencintai wanita lain. Apabila melakukan amalan nasi kangkang, suaminya hanya menyayangi dirinya sahaja. Nasi kangkang ini adalah amalan yang berkait rapat dengan syaitan. Ia syirik kerana kita tidak percaya dan tidak menyerah kepada Allah untuk meminta bantuan, sebaliknya meminta pertolongan syaitan untuk mengharmonikan rumah tangga.


Bagaimana cara untuk mengelakkan diri terkena nasi kangkang?

Nasi kangkang juga sama macam sihir kerana ia adalah perbuatan syaitan.

1) Membaca surah Al-Fatihah dan membaca 3 surah Qul setiap hari.

2) Membaca ayat Al-Kursi setiap kali selepas solat

sebenarnya banyak lagi surah lain yang boleh diamalkan untuk mengelak dari terkena perbuatan syirik seperti nasi kangkang ini. pada yang tahu, minta share doa untuk kebaikan bersama. Insya-Allah.


notakakiPCB : dah selamat mendaftar sebagai pengundi. anda sudah daftar?


16 comments :

..cik gugu.. said...

ta senonoh betol ..

hehe gugu ta dftar lg ~

Cik Chenta said...

nauzubillah!! mintak dijauhkan dri amalan syirik ni kan

AMMAR YASIR said...

Rajin pulak Wan datang baca Blog Ammar ek. Thanks

IMANSHAH said...

haha kangkang jangan tak kangkang

KiD said...

perbuatan yang akan memakan diri sendiri suatu hari nanti,, huhuhu

Cik Rose Cute said...

Tak sanggup bagi suami nasi kangkang huhuhu...

Ezad Skytech said...

kenapa la masih ada lagi benda ni...da tahu berdosa..tapi ada yang buat jugak...huhu~

#keyword blog tu check kat google analytics je...hee

shera haifa said...

sngup wat suami mereka cm tu.. perbuatan xselaras dngn ajaran

Lea Isnawi said...

paling elok masa haid?
yuckkk

Iffah Afeefah said...

smgt nk ngundi plak die

ko nk undi pe? meh share

CekbOlat-bOlat said...

err?? nasi kangkang ? hish xsenonoh..

akoo pae said...

ee yekkk..huhu mintak dijauhkan~

whitecappuccino said...

ada manusia sanggup buat apa saja demi kepentingan diri..semoga tidak tergolong dalam manusia sebegini..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

erkkk mmg sangat menjijikkan..

Anonymous said...

kalau mengangkang boleh la i terima, kalau nasi kangkang i tolak...

miya said...

buat ketika dtg haid lg power. huhh.. teruknya!