Wednesday, February 15, 2012

BERJAYA, GAGAL ITU BUKAN PERSOALAN. YANG PENTING BERSYUKUR.



Selamat pagi.


Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT kerana diberi lagi nikmat untuk hidup kat atas muka bumi ini. Malam tadi tepat pukul 12 tengah malam, semua mahasiswa dan mahasiswi UKM sudah boleh check keputusan exam semester lepas.Bila PCB tengok status dekat twitter dan FB, Alhamdulillah, ramai yang berpuas hati. Namun, biaselah pasti juga ada yang kurang berjaya.


Apa ayat pertama bila anda mendapat sesuatu kejayaan? pastinya Alhamdulillah. satu kalimah agung yang memuji Allah dan sebagai tanda bersyukur pada yang Esa. Dan selepas itu akan ada yang sujud syukur dan juga solat sunat sebagai tanda bersyukur.


bersyukur.. sumber: Google.


Kenapa kita perlu bersyukur walhal kita sudah berjaya? Sebab kejayaan itu adalah satu dugaan, sama seperti kegagalan. Jika kita hadapi kegagalan, kita merasakan itu satu dugaan yang perit, tetapi kejayaan juga adalah satu dugaan yang besar daripada Allah SWT. Allah SWT nak lihat sejauh mana kita bersyukur atas kejayaan yang diberikan.


Pendek kata, berjaya atau gagal itu bukan ukurannya, yang penting bersyukur terhadap Allah SWT. Kejayaan dan kegagalan itu datangnya dari Allah SWT dan pasti ada hikmah bila sesuatu benda itu berlaku.


notakakiPCB : Alhamdulillah atas result sem lepas.


9 comments :

Rapunzel Cikilolo said...

aku sokong. bila kita bersyukur. kita akan tahu macam mana nak uruskan kejayaan dan kegagalan. :)

.........cP~ said...

Mungkin terlupa nak bersyukur masa berjaya.

Daddylicious said...

bersyukur kerana kita harus mengucapkannya....sebagai tanda terimakseh kita kepadanya...:)

khaifaiz said...

tahniah der atas apa yang dikecapi sem lepas...

✿Ummi Myra✿ said...

sentiasalah hidup dalam keadaan bersyukur,,, :)

Mak Lagenda said...

Gagal atau berjaya, yg penting kena bersyukur!

Tapi mesti beringat, gagal bukan penamat...ia adalah permulaan, cabaram yg perlu kita hadapi utk jdkan kita insan berjaya

KiD said...

seharusnya kita bersyukur.. alhamdulillah..

KiD said...

@Mak Lagenda yang penting adalah tidak putus asa.. kan?

Ezad Skytech said...

sekali gagal tak bererti akan gagal selamanya kan...yang penting kita tak putus asa...kalau berusaha..mesti akan dapat hasilnya kan...:D