Thursday, February 23, 2012

CABUTAN BERTUAH | BASIKAL BIRU



setiap yang menang cabutan bertuah pasti akan tersenyum gembira. mana tidaknya, hadiah free yang dimenangi bukan calang-calang. paling tidak hamper yang di dalamnya penuh dengan koleksi makanan yang pelbagai. air botol, jajan, biskut. semua ada.


zaman makin moden. kadang-kadang hadiah cabutan bertuah lebih indah dari yang disangkakan. TV plasma berinci-inci, peti sejuk banyak pintu, kereta mewah dan banyak lagi.


PCB juga pernah menang cabutan bertuah.tapi waktu kecik dulu. waktu zaman rambut belah tepi, seluar pakai atas pusat, bedak bertempek dekat muka. ingat lagi waktu tu. sekolah rendah PCB adakan trip ke pesta buku dekat bandar.nak ke bandar bukannya dekat, terpaksa naik bas dengan kawan-kawan.


dekat sana, beli 10 ringgit dapat satu kupon.kupon tuh kena isi nama dan masukkan ke dalam balang besar gedabak. selesai beli buku, pulanglah PCB dengan kawan-kawan ke rumah masing-masing. selang beberapa hari, ada orang kol kat rumah. ibu angkat fon.


" adik rozuan ada". si arjuna suara merdu bertanya.

" ini maknya!!" . jawab makku.

" tahniah!! dia menang basikal untuk cabutan bertuah.." balas si suara merdu tadi.

"oh ye ke. time kaseh.." mak ku terus berubah wajah menjadi happy. mana tak nya. baru plan nak beli basikal. jimat duet..


sumber: Google.


basikal itu, aku gunakan ulang-alik nak ke sekolah.basikal itu memang penuh berjasa. berwarna biru. warna kegemaran aku. kini, basikal tu hanya tinggal kenangan. dek hilang dicuri pencuri besi buruk.sedih.


14 comments :

zakirul rahim said...

seriusly kalau cabutan bertuah memang aku tak pernah bertuah pun..ntah apa badi yang ada kat diri aku nie..bestt laa dapat basikal..huhu..

kiz said...

tempat jatuh lagi dikenang inikan pula basikal yang selalu dikayuh..

Fitrihadi said...

memang sakit hati ar kalau basikal kena curi.. sabau je la..

AmalinaRahim said...

pesta buku dekat pasir mas lettew. banggol :P

KiD said...

basikal tu ada lagi tak??

Ayuni said...

hm, xpnhnye dpt cabutan bertuah....

hawiz said...

skali je penah menang..tu pon hampeh..eh..syukur3..huhu

lizz said...

la kesiaanyer hilang basikal kekadang geram ngan pencurik besi ni kalo kiter takder umah semua benda kat halaman yang ader besi semua dier rembat......

Ezad Skytech said...

benda yg kita sayang..hilang..mmg sedih la kan..

Rozuan Ismail said...

@zakirul rahim masih belum rezeki lagi kot

Rozuan Ismail said...

@AmalinaRahim dekat tanah merah la.hoho

Rozuan Ismail said...

@KiD dah kena curilah kid

Rozuan Ismail said...

@lizzbetul tuh, motor buruk ayah pon diorg sebat

Shafiq said...

Saya pernah gak dapat hadiah cabutan bertuah masa sekolah dulu. Dapat hadiah alas tempat tido,toto tu. Bukan sport toto ek. :-)