Friday, February 10, 2012

CINTAKU TAK SEINDAH GEMERSIK KALBU



Selamat pagi dan salam jumaat.

tetibe terasa ingin buat satu sajak ke puisi.. entahlah.tak pasti apa beza sajak dan puisi,huhu. Tapi, benda ini ditujukan khas buat dia.hehe. Siapa dia? dia sorang je yang tahu =D.






Aku bukanlah seorang penyair
yang mampu meraih cintamu dengan bait-bait indah..
Aku bukanlah seorang penyajak
yang mampu menagih cintamu dengan kata-kata bermadah..
Aku bukanlah seorang pemuzik
yang mampu memikat cintamu dengan keasyikan melodi lagu yang digubah..



Cintaku padamu tidaklah semanis Vanilla Coklat
Cintaku padamu tidaklah seindah Gemersik Kalbu
Cukuplah sekadar cintaku padamu dari hati yang ikhlas..



Kalau aku memandang rupa,sudah lama aku mencari yang lain..
Kalau aku memandang harta, masih ramai yang lebih kaya di luar sana..
Kalau aku memandang keturunan, pasti aku akan mencari yang lebih baik..
Namun, aku tidak memandang semua itu.
Cukuplah dengan pegangan agama yang kau ada, membuatkan aku rasa selesa..
Cukuplah dengan ingatan kau agar aku sentiasa tidak lupa pada Yang Esa..
Cukuplah dengan kata-kata dan rasa penyayang yang kau ada..



Buat si dia, 
jangan engkau sangkal lagi akan rasa cintaku padamu,
kerana aku sesekali tidak pernah meragukan cintamu padaku.



ok.PCB stop dekat sini. haha.macam tergantung plak PCB nye sajak ni. tapi orang kata, belum cuba belum tahu. ok leh ni kan. ingat senang nak karang sajak. tambah-tambah plak bukan jiwa sastera ni.


notakakiPCB : baru nak tengok apa ke bestnya citer Gemersik Kalbu n Vanilla Coklat ni.


9 comments :

..cik gugu.. said...

hiperbola kne tggi kalau nk wt sajak ;)

CIK CHIPSMORE said...

vanilla coklat..best gile..sweet n nice gile..waahh untung la kalau wanie ader suami cam tu..hahaha...

http://kringg.blogspot.com/2012/02/cintaku-tak-seindah-gemersik-kalbu.html

klik la link tu..wanie ade tag blog kamu kat situ..hehehe

Ayuni said...

pak cek biola jiwang!

Diya Edhayaa said...

vanilla coklat sweet sgt! btw, tahniah atas penciptaan sajak ni.. best~

whitecappuccino said...

Wah! ada bakat terendam ni..pandai wat sajak jiwang! Oh..dua2 citer tu best!

cik pieja hut said...

bakat terpendam . buat si dia awak bertuah dapat mamat nie.

Mak Lagenda said...

jiwang puitis munge2 ptg2 nih ye wan..?

A'IM said...

lagu dalam drama tu.mengigit cuping telingga tu wat wa rasa macam nak shoot je..haha

Anonymous said...

Gemersik Kalbu best..lama tak tengok cita manis cam nih..Vanilla coklat ending menghampakan..