Sunday, February 19, 2012

FAZURA KURANGKAN BERLAKON | HORMATI KEHENDAK IBU


Siapa tidak kenal Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin. Seorang aktress yang berbakat besar dalam dunia seni. Dia merupakan seorang pelakon yang pandai menjiwai watak dan first time PCB meminati lakonan beliau apabila melihat lakonan Fazura dalam Filem "Pisau Cukur". Hasil lakonan mantap dalam filem tersebut, Fazura memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik 2010 di Anugerah Skrin.




Nur Fazura Sharifuddin.


*************************************************************************

Fazura kini dikatakan agak kecewa dengan sesetengah pihak media yang gemar bercerita mengenai kisah percintaannya dan racangannya untuk berkahwin. Sebelum ini, kita dikejutkan dengan kisah percintaan Fazura dengan seorang daripada keluarga diraja.


Fazura menafikan segala gosip yang dikeluarkan termasuk pernikahannya dan menyatakan bahawa dia tidak memerlukan publisiti sedemikian untuk mendapat nama dalam dunia lakonan. Dia lebih suka orang bercerita tentang bakat dan kerjaya seninya daripada bercerita tentang soal-soal peribadi.


**************************************************************************


Fazura menegaskan bahawa keputusan untuk mengurangkan pembabitannya dalam dunia lakonan adalah tidak berkaitan dengan isu kahwin. Keputusan itu dibuat demi menghormati kehendak ibunya yang kurang selesa melihat Fazura berlakon dengan berpegangan tangan dengan lelaki bukan muhrim dan berada di atas katil.


Fazura menceritakan ibunya keberatan pada mulanya untuk membenarkan Fazura berlakon. Namun, setelah dipujuk, ibunya memberi kebenaran. Ibunya memberi sokongan dengan menemani Fazura ke lokasi penggambaran. Dan kini sudah tiba masa Fazura menghormati kehendak ibunya.


Fazura akan tetap berlakon tetapi akan memilih watak yang sesuai seperti lakonan dia dalam drama Kitab Cinta arahan Erma Fatima. Tidak perlu berpegangan tangan dan orang masih melihat drama itu.


untuk cerita penuh, klik sini.



5 comments :

amir aizat said...

like fazura :)

hawiz said...

fazura cantik..ihhi..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

fazura yg cantik tp lagi cantik kalau dia bertudng ;)

kay_are said...

bagus fazura ni.. amek kire pendapat mak die..

Azza Azman said...

huhu kat dalam TV je tak boleh berpegang bagai... kalau kat luar kemain bercuti sana sini dgn kekasih anak raja tu... OMG!