Saturday, February 11, 2012

JANGAN JADIKAN BLOG DAN LAMAN SOSIAL PUNCA DOSA ANDA



Selamat pagi.


sudah ramai yang breakfast? hehe.nak sikit.( sila jangan layan!!).


PCB yakin semua orang ada Facebook, twitter dan lebih-lebih lagi golongan separa retis macam kita yang ada blog. banggalah sikit =D. PCB ada terbaca tentang hukum ada Facebook dan adik beradiknya. Hukum dia bergantung pada cara kita menggunakannya, kalau untuk kebaikan, baiklah dia, kalau untuk kejahatan, buruklah dia.


PCB yakin kini seringkali kita dengar banyak benda buruk berlaku di laman sosial dan blog. Fenomena ini adalah suatu yang tidak sihat sebab medium ini sepatutnya digunakan sebaik mungkin untuk melakukan kebaikan dan memudahkan komunikasi , bukannya melakukan perkara yang dikeji seperti memfitnah dan menyebar khabar angin.


PCB ada membaca beberapa blog yang PCB follow dan sewenang-wenangnya mereka menyebarkan info yang entah benar, entah tidak tetapi atas dasar trafik, mereka sanggup lakukannya. Tajuk entri bukan main meletop untuk setiap entri dia, dengan harapan bila orang baca tajuk, orang akan tertarik untuk membaca. Tapi, bila PCB lihat entri dia, erk, macam melampau pulak dia nih. tuduh orang sana-sini. Ingat dik, apa yang kita tulis, itu yang disoal nanti di Padang Mahsyar.


Sekarang ni twitter menjadi medium paling hebat dalam bergaduh. bukan main sakan lagi bergaduh dekat twitter sampai buka aib orang lain. Dekat twitter tuh, semua orang boleh baca dia bergaduh kan.. Diorang bergaduh, kita sibuk-sibuk plak duk retweet.. Nak share dosa ke dik. Masalahnya, hal dalam rumahtangga mana boleh cerita dekat orang luar. Ini dok pi canang-canang dekat twitter kenapa? nak sangat ke satu dunia tahu rumahtangga awaktuh sedang bergolak. 


Sekarang ni plak timbul isu halal haram. Blogger ramai cepat melatah. sorry to say. Bila sorang buat entri Syarikat SimpleSitu (bukan nama sebenar) guna berus dari Khinzir, semua kecoh nak buat entri pasal tuh jugak. Padahal mereka semua langsung tak tahu hal yang sebenar. at last, semua tu dusta dan tipu belaka. Jangan dik, kita buat macam tuh boleh kasi hancur bisnes orang. Kita sepatutnya menyokong bisnes orang islam, bukan menentang. Kalau benar nak condemn, cari kepastian dulu. jangan sebab orang lain buat entri, kita kecoh jugak nak buat entri.


Di Facebook lagi teruk, kalau dulu korang ingat akan satu profile yang action nama Facebooknya siap ada hajjah lagi. Tapi, gambarnya menghina Rasulullah dan Islam itu sendiri. Gambar kontroversinya memang saja kasi umat Islam marah. Padahal yang buatnya orang Islam jugak. apalah nak jadi, diorang ni  memang nak bencana berlaku dulu baru nak bertaubat ke. Nauzubillah. Sepatutnya, Facebook tu tempat kita berkenalan dan tempat mengeratkan hubungan, bukannya tempat nak menghina.


Tepuk dada tanya selera. Semoga apa yang diperkatakan jadi renungan untuk diri PCB sendiri dan untuk kawan-kawan.


notakakiPCB : lunch makan maggi je.hoho.


12 comments :

Lea Isnawi said...

berhatihati ketika nak mengepost sesuatu kan

sama!makan megi jugak lunch nati

azri johan said...

golongan separa artis.. haha ;D kelakar betui > <

Dr Hafiz said...

Terima kasih atas nasihat ini... apa yang penting ialah kaji dulu sesuatu berita itu benar atau salah sebelum kita menyebarkannya takut nanti jadi agen fitnah... :)

Marya Hana said...

manusia akhir zaman ramai yg hilang pedoman.

kerana mulot badan binasa (:

hafiz hafizol said...

hai separa retis.. haha :P

Yumida said...

ader yg suka propagandakn sstu yg x benar...n org yg suka pd perhatian akan menyebarkan..konon2 nak meletopkn entry n status diorg...
makin ramai yg berkongsi kisah rumah tangga masing2..tanpa segan silu...pelik...
cer cuba tenangkan fikiran...bila tulis..baca n hakimi statement..perlu ker dikongsi bersama org luar...yg x patut: sila delete!

oh...follow sini yer

JIJI YU said...

atylo kot ko guna ganti nama pcb..cam pcm gitu

Rapunzel Cikilolo said...

sokong. lain kali cerita pasal diri sendiri je. hehehe

Siti_btp said...

Betul-betul..
Termasuk dlm dosa mengumpat tu..

Akak pun baru dunia blog,
cerita pengalaman jaga 3 anak istimewa akak..

Agak2 nya salah tak!!!

Iffah Afeefah said...

yeee kalo berpropa pon agak sentap

ley jadi dose gak kan

KiD said...

gossip2.. macam2 lagi.. :)

Ca Cik Duyung said...

ca kalo xpasti, xberani nak usulkan cerita @ sesuatu info..huhu..sbb tu blog ca bnyk pasal ragam manusia n perihal citer sendiri jek..hehe.. :D