Tuesday, February 28, 2012

JANGAN SALAHKAN NASI JIKA ANDA GEMUK



Selamat petang.

sumber Google


jangan salahkan nasi jika anda gemuk. setuju? anda perlu setuju. Ramai orang bila mula berdiet, pasti nasi akan dilemparkan jauh-jauh dari fikiran atas alasan nasi punca gemuk. sedangkan, nasi adalah makanan asasi negara ini. mungkin sehari korang pasti dapat bertahan tak makan nasi, tapi masuk hari kedua, pasti nasi juga yang korang cari.


Makanlah nasi kerana ia memberi sumber karbohidrat untuk tenaga kita. berdiet itu boleh tapi meninggalkan terus nasi dalam diet kita, lebih lebih lagi nasi adalah makanan asasi negara ini adalah merupakan diet yang sangat tak sesuai.


sumber Google


Punca kegemukan adalah bukan disebabkan faktor nasi semata-mata. Antara penyumbang utama faktor kegemukan ialah kuantiti makanan yang diambil dengan kerja seharian. setakat duduk dalam bilik beraircond dari pagi sampai petang,tapi makan lebih dari yang diperlukan, pasti berat badan akan cepat bertambah. Jika anda seorang yang bekerja dalam bidang sukan, pasti anda memerlukan banyak makanan sebagai sumber tenaga. Jadi, ambil kuantiti makanan yang seimbang dengan pekerjaan anda.


Selain itu, kurang exercise merupakan punca utama kegemukan atau obesiti di Malaysia. alasan cepat letih, penat, tak suka berpeluh adalah alasan orang yang tidak pernah fikir tentang kesihatan mereka. bayangkan jika makan tak ingat dunia, tapi tak exercise, karbohidrat atau protein yang dimakan akan bertukar menjadi lemak. Kalau malas sangat nak jog, anda ada banyak cara lain. gunakan tangga daripada menggunakan lif, berjalan kaki, berenang atau lain-lain lagi. Tiada alasan pada zaman moden ini untuk anda tidak bersenam.semua bergantung samada mahu atau tidak.


Malaysia memang terkenal dengan makanan bersantan dan bergoreng. tiu juga merupakan faktor utama kegemukan yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit. kurangkan makanan bersantan dan bergoreng. cuba ambil kaedah alternatif dengan makan makanan yang dibakar atau direbus daripada memilih makanan yang bergoreng. cuba elakkan semampu yang boleh.


Semoga anda tidak menyalahkan nasi jika anda gemuk. mana taknya, burger, satay, semua bendalah anda sapu. nasi bukan punca sebenar kepada kegemukan.


p/s thanks to my lecturer sebab bagi idea untuk buat entri ini.



18 comments :

Ayuni said...

hm, tulah, org Malaysia yg mempunyai pelbagai persepsi....

hafiz hafizol said...

ooooooooooooooo............

Nava Krishnan said...

I am a rice eater and I must have one of rice everyday but thats in moderation. Healthy eating is a matter of balancing between the sinful and non-sinful ones. I have been maintaining my same weight via this way for the past 25 years.

KiD said...

makan banyak.. pastu tak excercise.. mmg laa gemuk..

terbaik lah gambar google tu.. hik3

whitecappuccino said...

asyik2 pizza,Kepsi, mekdi..mana tak gemuk ye tak?

adwafarahin said...

klu sape yg diet tu,nak amik nasi bole tp dlm kuantiti yg sedikit saje :)

ReeneeRaaid said...

sangat setuju! Lecturer I pon ckp benda yg sama. boleh mkn nasi tp dlm kuantiti yg sedikit :)

MawardiYunus said...

memang makanan e selalu disalahkan.. ksian2

Shafiq said...

setuju...:-)

hazanis said...

nop diet pun tok lpas dr nasi jugop...kiki

- GC - said...

nak diet jugak, tapi sebab selalu lapar so ganti nasik dgn mee, or bihun

che'pi said...

TERBAEk........ wuteva.... i'm happy

Mia Liana said...

huhuhuh... makan banyak memang akan naik badan.. tapi kena control makan. xleh makan sembarangan...

Rtp Farra Arisha said...

pendirian kita sebenarnya yang harus tetap. we can diet, tapi dengan cara yang betul. dan jangan salahkah nasi semata2 demi kegemukan diri sendiri :)

Ezad Skytech said...

banyak faktor lain lagi kan...jgn salahkan nasi...hee~

~ariFFin~ said...

nasi memang akan menyebabkan kita mengalami kegemukkan..so kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan sayur-sayuran dalam makanan seharian kita ye

Cik Nurul said...

setuju sangat... nasi bukan penyebab utama.. sebab sy naik berat badan.. lately ni saya duka makanan berminyak..

Admin said...

Anda salah, mknan yg menyebabkan kegemukan adalah mknan yg berkarbohidrat seperti nasi, mee dan sebagainya. Karbohidrat akan dibakar dahulu sebelum lemak, jika kandungan karbohidrat terlalu tinggi diet dan senaman tidak akan memberikan kesan. Jadi kalau nk tahu tips diet dan cara pembakaran lemak yg berkesan e-mail saya di rahsiavideoupload@yahoo.com