Monday, February 20, 2012

JOM SOKONG KEMPEN EARTH HOUR | 31 MAC 2012



Selamat malam.




korang kenal agensi nama WWF? bukan yang gusti tu lah. itu WWE. WWF ni nama panjang dia, World Wide Fund for Nature. kira satu agensi yang berkaitan dengan alam sekitar.


Pada 31 Mac 2012 nanti, WWF menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk join Earth Hour. PCB pasti ramai yang dah biasa dengan term Earth Hour sebab dah mula diperkenalkan sejak beberapa tahun lepas.


Logo rasmi Earth Hour.


Apa itu Earth Hour?

Earth Hour nerupakan satu kempen yang diadakan oleh WWF bagi mengurangkan pemanasan iklim global.


Apa yang perlu anda buat sewaktu Earth Hour?

Untuk tahun 2012, 31 Mac telah dipilih dan masa untuk Earth Hour ialah daripada 8.30 malam sehingga 9.30 malam. Apa yang perlu anda buat adalah cukup mudah iaitu dengan menutup lampu ataupun mengurangkan penggunaan tenaga pada waktu itu. Mudah bukan!! walaupun hanya sejam, namun kesannya sangat besar terhadap pemanasan iklim global.


Banyak bangunan besar di Malaysia seperti KLCC dan bangunan besar di negara lain yang menyokong Earth Hour. Kita tahu yang bangunan besar menggunakan banyak tenaga dan ketika Earth Hour, mereka memadamkan lampu sebagai tanda sokongan.


 KLCC memadamkan lampu sebagai tanda sokongan Earth Hour


Eiffel Tower, Paris juga memadamkan lampu sebagai tanda menyokong Earth Hour.


Jadi, apa tunggu lagi. anda juga mampu untuk menyokong Earth Hour ini. Jom sign up sokongan anda terhadap Earth hour. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.


8 comments :

Shafiq said...

Earth Hour.. salah satu cara membantu Bumi menghadapi pemanasan global. Saya sokong! Hehehe. :-)

noorniey Azman said...

wat earth hour tiap2 bulan msti lg mantap!

KiD said...

leh jadi tido time earth hour.. hehehee

Rizwan Ewan said...

I LOVE EARTH HOUR!! :D

che'pi said...

saya menyokong... akan ku tutup pc ku yang dah dekat 5 bulan tak bertutup....

ahsfantasy24 said...

saya menyokong EH,
tapi lapu hp and lappy tu
tak padam2 ^^

Marya Hana said...

tahun lepas pengalaman Earth Hour kat Taman Negara Pahang, sbb kitorang ada photography trip. so malam tu, kitorang tgkap gambar dalam gelap.

"play with lighting". bermanfaat jugak..

Myvitrd said...

macam baru je tahun lepas kempen nikan .. ni dah cukup setahun lagi