Monday, February 13, 2012

KUMAN SEBERANG LAUT NAMPAK, GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK



Selamat petang.


pasti ada yang familiar dengan pepatah " kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak". dan mungkin ada juga first time dengarnya. so, entri kali ini nak ceritakan pada korang tentang peribahasa ini. lantaklah kalau korang dah tahu. yang penting PCB nak jugak cerita (dek dah tak de idea nak buat entri..)


Siapa tahu apa maksud dia. jom kita sama-sama fikirkan. kuman tu benda kecik kan. kena pakai mikroskop baru nampak. sahkan seberang laut nye kuman, yang dekat badan kita pon kita tak nampak. tapi ada sekelompok manusia ni yang leh nampak kuman seberang laut ( maksudnya kesalahan orang lain).


gajah ini cumel.sumber Google..


Gajah pulak binatang besar kan.anak gajah pon lagi besar dari kita. jangan kan depan mata kita, gajah menyorok belakang pokok pisang pon kita boleh nampak, tapi ada sesetengah manusia tak nampak gajah depan mata (maksudnya kesalahan sendiri).Jadi secara umumnya, maksud pepatah tu ialah kesalahan orang lain walau sebesar kuman kita dok nampak tapi kesalahan sendiri walau besar gedabak, kita wat-wat tak nampak.


itulah realiti zaman sekarang adik-adik semua. PCB bagi 2 situasi kasi lebih clear. Pertama, ada seorang abang ni caring pasal adik perempuannya. Memang kalau nampak adik perempuannya berbual dengan jantan lain, memang nahas kena maki adik dia tuh. Kiranya, si abang ni betol-betol jaga adik dia tuh daripada diganggu oleh lelaki lain. Padahal dalam masa yang sama, si abang ni kaki pompuan, keluar sana sini bertukar pasangan. Cuba lihat, keslaahan adik dia yang hanya berbual dengan lelaki tuh bukan main si abang ni marah, tapi kesalahan dia yang ke hulu ke hilir bawak anak dara orang wat tak taw je.


Contoh ke 2, Mak Bedah ni seorang kaki kepoh (taw tak kaki kepoh tu apa?) pompuan yang jenis suka bawak mulut.ada gosip baru je, habis satu kampung disebar gosip dia. Mak Bedah ni baru dapat taw yang anak Pak Leman tuh putus tunang. habis satu kampung diceritakan. Padahal, anak Mak Bedah tu sendiri dah 3 orang yang putus tunang.tak de pulak orang lain nak kecoh ye. 


So, kesimpulannya, di mata kita ni selalu je nampak kelemahan orang, kesalahan orang walaupun sebesar zarah. tapi dalam masa yang sama, kesalahan sendiri yang jelas dan terangnya dilihat orang, kita wat bodoh je.


notakakiPCB: pada yang nak promote bisnes korang secara percuma di blog ini, boleh klik sini sebelum tarikh tutup.


13 comments :

Gary Asip said...

tak suka orang macam ni.. hhmm...

Kalamhati said...

btul tu wan..
tak elok kita asik cari kelemahan org je kan..sedangkan kelemahan dan kesalahan kita kita tak nmpk..huhu

Anak Ulu Cheka said...

ramai manusia bersikap gini
yg jadi mangsa siapa?

era kecik said...

betul tu.. org yang tak elok tu lah dia nampak .. sebelum nak komen diri orang tu, komen diri sendiri dulu :)

Iffah Afeefah said...

mmg slalu cmni kan

l..i..d..i..e said...

hhuu ragam manusia

Ayuni said...

hm, betul tu, ader org tu dh kawin, sibuk jugak ngan org lain pdhal rumah tangga nk runtuh x sedar...

KiD said...

ahaaa.. tul penerangan PCB nih...
ragam manusia skrang banyak camni

Lea Isnawi said...

oooo tu eh maksudnya

baru tawwww


hehehehe

Shafiq said...

Macam-macam orang kat dunia nie.. :-)

whitecappuccino said...

memang salah orang cepat nampak, kita tak sedar silap kita sebab kita tak nampak diri kita kot.

kiera'sakura said...

gajah bergaduh semut tersepit tgh2.. sama tak? hihihi

Paan Sabri said...

batul la tu, tp mak aku selalu pesan, kte kena cuba accept kesalahan org, bru org leh accept kesalahan kte balik..


my new post1: sudah jupei
my new post2: iklan acura nsx sempena superbowl
my new post3: video: tetek bergerak
my new post4: smartphones kalis air