Friday, February 3, 2012

PANTUN NASIHAT BUAT BLOGGER



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pergi ke hutan mencari daun palas,
dibuat ketupat di tepi meja,
kalau menulis biarlah ikhlas,
jangan mencari populariti sahaja.


Bangun pagi masak ikan tuna,
untuk bekalan si penarik beca,
jadilah seorang blogger yang berguna,
memberi maklumat untuk semua pembaca.


Pergi ke laut dapat ikan pari,
untuk di jual di Pasar Linggi,
jangan gunakan kepentingan sendiri,
demi mencari trafik yang tinggi.


Blogger Mat Gebu pakar buat roti,
juga hebat dalam pelbagai jenis nasi,
rahsia menjadi blogger sejati,
jauhi kontroversi tingkatkan prestasi.


notakakiPCB : mood berpantun di pagi hari.

8 comments :

..cik gugu.. said...

wahhh mood baik eh ;)

Spudin said...

HAHA ..
best gak lawan pantun ni :D

eszyamin said...

kalau pergi ke kebun getah,
jangan di lupa senapang gajah,
bukan niat mahu bermegah-megah,
bak kata hazwan hali..hado aku kesah!

p/s-haha just kidding..mewakilkan org2 yg terasa jer..

FasiHaH SupiaN said...

pagi-pagi sarapan roti,
roti dibuat ada serbuk penaik,
pantun diberi pengingat diri,
tak ada apa nak komen tapi memang terbaik!

Zamani said...

bagus tul... hehe.. otak tepu nk balas ni ;)

btw bw kat sini .. jmput singgah ke blog Zam time free ;))

hafiz hafizol said...

sajak plak woi.. haha

madammondoq said...

wah.. u dah boleh geng dengan abangensem lah.. kaki pantun..

btw.. salam kenal.. jemput singgah blog madam.. ;)

Sunah Sakura said...

tu diaa..makin hebat berpantun ye skang ni~