Saturday, February 25, 2012

PINJAM BAPA HANYA UNTUK BAHAGIKAN HARTA



Benar kata orang tua-tua, ibu dan ayah dapat menjaga anak yang ramai tapi belum tentu anak yang ramai dapat menjaga ibu dan ayah.


Inilah yang berlaku pada seorang warga emas berusia 75 tahun yang hanya dikenali sebagai Wak. Wak kini menjadi penghuni tetap Pusat Penjagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas setelah ditinggalkan oleh kelima-lima anaknya.





Pada bulan lepas, anak-anak Wak datang ke pusat penjagaan itu dan berjumpa dengan Puan Norijah, untuk menyatakan hasrat mereka untuk menjaga semula bapa mereka. Mereka menyatakan hasrat mereka untuk menjaga Wak.


Namun begitu, semuanya hanya indah di bibir sahaja. Wak dipulangkan kembali ke pusat penjagaan itu selepas beberapa jam Wak diambil. Rupanya, mereka hanya menggunakan ayahnya untuk pembahagian harta pusaka yang dimiliki oleh Wak. Namun, anaknya menafikan dan memberi alasan bahawa kehadiran ayahnya dalam keluarga hanya memberi masalah pada keluarga .


*********************************************************************************

agak-agak apa perasan bapa tuh ye? dimainkan oleh anak sendiri.darah daging sendiri. Hanya bertemu bapa yang ditinggalkan sekadar urusan harta. PCB x dapat bayangkan betapa remuk hati bapa (Wak).


Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada anak-anaknya untuk bertanggungjawab terhadap bapa mereka dan semoga Wak terus tabah dalam menjalani kehidupan.

Terima kasih pada MyNewsHub kerana berkongsi cerita.


notakakiPCB: jangan sesekali tinggalkan ibu bapa di rumah orang tua. jaga mereka.


5 comments :

CekbOlat-bOlat said...

ksiannye ;'(

smpai hti buat mcm tuu..

Shafiq said...

kesian kat pak cik tu..

Sam Bredariol said...

kalau semarah2 aku pun kat parents aku xde smpi nk buang2 mcm ni..

Sunah Sakura said...

sedihnya... :'(

Iffah Afeefah said...

ank tak gne