Sunday, February 26, 2012

SALAH GUNA ERTI REDHA



Memang kita perlu redha. bila kita dah lakukan sesuatu yang terbaik, kita redha dengan apa jua keputusan yang berlaku. erti kata lain, kita serahkan pada tuhan apa yang bakal berlaku. apa jua keputusan, kita terima dengan hati yang terbuka. kalau baik, syukur seribu kali syukur. kalau buruk, tetap bersyukur dan mungkin ada hikmah disebaliknya.


sumber Google


Tapi, ada sesetengah orang yang salah guna perkataan redha.


1) berulang kali redha tanpa ingin melakukan perubahan.

senang cerita, PCB bagi contoh. dia gagal dalam peperiksaan yang lalu dan dia redha dengan apa yang berlaku. Tapi, langsung tak ambil iktibar dengan apa yang telah berlaku. masih bersikap malas dan tidak pandang berat soal pelajarannya. Akhirnya dia gagal lagi dan terus redha dengan apa yang berlaku. Apakah redhanya itu memberi erti jika dia masih berada di takuk yang lama?


2) redha dalam lembah maksiat.

PCB bagi satu contoh. Si A ni merupakan seorang dari keluarga yang susah. Jadi, dia tak dapat teruskan persekolahan kerana masalah kemiskinan. Untuk menampung kehidupan keluarganya, si A ni sanggup menjadi seorang pelacur demi mendapatkan wang dengan cara yang mudah. Si A ini redha dengan apa yang berlaku dan menerima kenyataan yang pekerjaan itu adalah sesuai untuk memberi kesenangan kepada keluarganya. Apakah redhanya itu bermakna?


Kesimpulannya, redha itu sesuatu yang baik kalau digunakan pada situasi yang betul. Kerana sejauh mana kita berusaha, akhirnya kita berserah kepada Tuhan untuk memberikan kita yang terbaik. Jangan salah guna maksud sebenar redha.


notakakiPCB: basah lencun kena air hujan. badan ada sikit panas. better makan ubat.


3 comments :

.........cP~ said...

Tu bukan salah erti redha, tapi sengaja salah guna.

amier_fekhry said...

redha dn lps tu cuba berubah... jgn hnya kata2 kosong jer..

Ezad Skytech said...

sepatutnya kena berusaha la...bukannya give up mcm tu kan..