Thursday, February 2, 2012

SEGMEN RAMAH MESRA BLOGGER (1) | EDISI BLOGGER KREATIF



Selamat senja.


kali ini PCB mahu anjurkan satu segmen ringkas untuk semua blogger.


Sila sambungkan ayat di bawah menjadi satu cerita pendek mengikut kreativiti anda. (tidak lebih daripada 100 patah perkataan)


" Pak Abu adalah seorang peniaga air tebu. Setiap hari, Pak Abu akan membuka kedainya bermula 5 petang. Namun begitu, pada hari itu,..........................................................................."


syarat-syarat

1) terbuka pada semua blogger.

2) hanya taipkan cerita anda pada ruangan komen. TIDAK perlu buat entri baru.

3) cerita mestilah tidak berunsurkan politik, perkauman dan lucah.

4) Keputusan pemenang akan diumumkan melalui kreativiti cerita dan jumlah perkataan yang TIDAK melebihi 100 patah perkataan (tidak termasuk ayat yang sudah diberi)

5) Keputusan pemenang adalah muktamad.

6) Tarikh tutup, malam ini 11.59 malam.

7) 5 blogger bertuah akan direview cerita dan blog mereka.






notakakiPCB : selamat mencuba dan tunjukkan kreativiti anda. jemput share di FB dan tweet di Twitter. 



4 comments :

fRaMe+LenSeS said...

gulpppp.. cam menarik je. eheh :D

wan ni kan, nadh nak tarik tinga le dak? masa nadh kat umah lepak2 tanak wat segmen. masa nadh letih2 penat2 wan wat segmen. huwaaaaaa.. sedih tau dak taleh bagi terbaik tapi sat nadh cuba juga ye. *support wan* :)

..cik gugu.. said...

hurmm dah lame ta wt cte ..

amier_fekhry said...

" Pak Abu adalah seorang peniaga air tebu. Setiap hari, Pak Abu akan membuka kedainya bermula 5 petang. Namun begitu, pada hari itu, Pak Abu membuka gerainya seawall pukul 3.00 petang. Pak Abu merasa hairan cuaca hari ini begitu panas sedangkan jam sudah pukul 5.00 petang. Datanglah pelanggan Pak Abu yang pertama membeli air tebu menanyakan Pak Abu, “Awalnya buka gerai hari ni?”. Pak Abu menjawab, “Xdelah, macam biasa je”. Begitu juga pelanggan Pak Abu yang seterusnya menanyakan soalan yang sama. Pak Abu tidak menghiraukan teguran semua pelanggannya. Tepat jam 6.45 azan pun berkumandang dan Pak Abu pelik awalnya maghrib hari ni. Datang anak Pak Abu memberitahu bahawa dia telah menukar waktu jam Pak Abu. Apa jadi pada anak Pak Abu? Fikirlah sendiri…..”

Cik Mira said...

Salam.

Pak Abu adalah seorang peniaga air tebu. Setiap hari, Pak Abu akan membuka kedainya bermula 5 petang. Namun begitu, pada hari itu, dirinya terasa malas benar. Asyik baring sahaja. Boleh dikatakan hampir semua kerja terasa malas nak dilakukan.
“Kesian tengok abang ni,” suara Mak Abu kedengaran.
“Tak pe lah bang, biar saya sahaja yang buka kedai hari ni. Abang rehat di rumah,” sejuk hati Pak Abu mendengarnya, namun terasa sukar untuk senyum sebagai tanda terima kasih buat isterinya.
Tidak semena-mena, Pak Abu merintih sendirian sebaik sahaja Mak Abu keluar dari rumah. Rintihannya semakin lama semakin jelas kedengaran.
“Kenapa begini? Kenapa?!” Pak Abu menghempas-hempaskan majalah E-POP yang baru dibelinya semalam.
“Kenapa SNSD tak dicalonkan dalam Music Bank?!” Pak Abu terus menangis.

oleh : cik Mira@nurish0310 :)