Friday, February 24, 2012

TIADA ISTILAH CEPAT KAYA


Cukup-cukuplah boboi semua sedih-sedih ye. taw lah pujaan hati lisa sughihani awak tuh dah dikebas Yusry. Bunga bukan sekuntum der. nanti dapat jodoh, bakal isteri korang tuh akan lagi cantik dari lisa di mata korang. Untunglah lisa, dapat Yusry. kaya plak tuh.mana taknya,studio besar gedabak.


Agak-agaknya bagaimana seseorang tuh boleh jadi kaya? yang penting, ambil masa jugak kan. tak de nye tetibe bangun dari tidur, duit keliling katil. Kalau kita lihat pada list billionaire Malaysia pon, aset diorang berbillion-billion. PCB agak bangga kerana bilangan orang Islam di Malaysia yang kaya makin meningkat. Allah SWT tak pernah halang kita untuk kaya.




Untuk menjadi seorang yang kaya, pertama sekali berusaha. Mesti pernah dengar pepatah arab yang bermaksud siapa berusaha dia dapat. Kalau nak kaya dalam bisnes, usaha dengan pelbagai cara macam belajar dari orang yang lebih berpengalaman, mulakan bisnes secara kecil-kecilan, terima kritikan dan cadangan dan ketahui cabaran dan risiko menjadi seorang usahawan. Perlu usaha untuk berjaya dan menjadi kaya.


Kedua, nak jadi orang kaya perlukan ilmu. tak kirelah korang nak buat bisnes apa, yang penting perlu ada ilmu. ilmu yang berkaitan dengan ilmu agama sekali. ye lah, manusia nih bila dapat duit banyak-banyak, mata tu jadi gelap tak tentu arah. mulalah nak buat benda tak elok. Ilmu jugak penting untuk kita gunakan duit yang kita ada tuh ke arah kebaikan. Bayangkan ada duit banyak tapi tak reti nak guna dengan cermat, at last habis jugak walau berjuta duit tuh.


Ketiga, tidak putus asa. Kadang-kadang kita nak kaya tapi bila sekali gagal, kita dah fed up. Macam mana nak kaya macam tuh kan. Bila kita gagal, kita perlu tukar strategi, mungkin strategi lama kurang berkesan. Putus asa perlu dijauhkan dalam iari orang yang ingin kaya. Sebagai orang Islam, tak payah nak putus asa sebab kita ada Allah SWT. Dia dah plan something yang mungkin lagi baik untuk kita in future jika sekarang kita gagal.


Kesimpulannya, nak jadi kaya bukan sesuatu yang mudah tetapi tak mustahil. Yang penting,tak de jalan singkat untuk jadi kaya macam join Skim Cepat Kaya. Kalau join skim macam tuh, merana diri adalah.


notakakiPCB: selamat makan tengahari.


14 comments :

JIJI YU said...

ko kaya tak

Dr Hafiz said...

Rozuan Ismail, terima kasih atas tips utk menjadi kaya ni... betul tu.. nak kaya mesti kena usaha, ilmu dan konsisten...

Shafiq said...

Terima kasih atas tips-tips.. :-)

zakirul rahim said...

oh cik lisa..! hahaha..aku kaya..

kiz said...

yang penting bahagia

kak ina kl said...

nak kaya kena berusaha bukannya masuk skim cepat kaya.

dulu rajin gak gi tgk movie tiket dari nuffnang skrg tak rajin aa

Nur Syazana Mohammed Sani said...

nice entry =)

#tiap manusia ad rezeki masing masing ;)

entry baru --> http://syazanasani.com/lagi-ciplak-menciplak/

~ariFFin~ said...

tiada benda didunia ini yang boleh didapati dengan senang..semua dengan usaha dan keberanian diri..

hafiz hafizol said...

org tulis blog pun boleh kaya kan? haha

KiD said...

di mana pun status kita.. jangan lupa bersedekah.. :)

aCu said...

yg keempat: usaha. caranya? investment unit trust dgn cimb. I.Allah :)

Fitrihadi said...

kalau usaha ada ar hasilnya.. kalau malas memang tak ke mana lah...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

doakan GK untuk tidak cepat berputus asa

Syira Qahira said...

salam..


try trngok sini

Tulisan syira--+border di posting+

border ni boleh buat kat mana-mana je dalam blog kita.