Monday, February 13, 2012

UMAT ISLAM HARAM MENYAMBUT VALENTINE'S DAY



Selamat malam.


tengok di Facebook, ramai update status pasal Valentine's Day. Di twitter, dah jadi trend. di blog, ramai blogger yang dah buat entri pasal Valentine's Day. Alhamdulillah, sebab makin ramai umat Islam yang sedar akan haram bagi umat Islam menyambut Valentine's Day.





Kenapa umat Islam haram sambut Valentine's Day?


mungkin ramai dah jemu baca. tapi, kita perlu sentiasa diingatkan kerana syaitan sentiasa ganggu kita.


"Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan hukum Orang Islam menyambut perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang dalam Islam"


untuk hujah selanjutnya, boleh rujuk E-Fatwa JAKIM di sini.


Jangan nak 1 Malaysia sangat ye. Yang paling penting akidah kita. itu tunjang utama kita. Kalau nak beli hadiah coklat, bear bentuk love, bunga mawar merah, tak perlu tunggu Valentine's Day. kita ada beratus hari dalam setahun. pilih je hari mana-mana.


Jangan nak bermesra sangat ye. kerana cinta aku sanggup serah segalanya untukmu. itu BODOH namanya. Jangan lagi 9 bulan kes buang bayi meningkat dah la ye.


notakakiPCB: baek selawat dekat Rasulullah SAW. kita nak syafaat sebagai bantuan kita di akhirat nanti.


8 comments :

J.Syazwana said...

okey tak pernah pon sambut valentine.
sebab tiap2 minggu pon makan sama. sopink sama. apa nak heran dengan 14/2. 12/12/12 lagi best. wakakaka

Shafiq said...

Setuju dengan PCB.. :-) Zaman sekarang, kita kena lebih hati-hati dengan sambutan macam ni..

Marya Hana said...

baik bang .. ! (: lariiii.

KiD said...

yeayyy.. hari ni 14hb.. hari selasa.. heheheee

Ayuni said...

xpeduli pun tarikh tu...

Duniafiq said...

Bila dah masuk february ni umat Islam patut lebih herankan Maulidur Rasul dari valentine tu :)

kiera'sakura said...

berkasih sayang kerana Allah jer.. :)

ahsfantasy24 said...

betul tu,jangan jadi bodoh,
say no to valentine :)