Wednesday, February 8, 2012

VIDEO PEKERJA KFC MEMUKUL PELANGGAN


Selamat petang.

Mungkin ramai yang sudah menonton video Pekerja KFC memukul seorang pelanggan. Kejadian ini berlaku di KFC cawangan I-City, Shah Alam. PCB pon sudah tengok video ini dan PCB tidak mahu komen apa-apa.


Kejadian berlaku apabila pelanggan itu telah menunggu selama sejam untuk beratur dan setelah tiba gilirannya, stok ayam goreng sudah habis. Jadi, pelanggan itu merasa tidak berpuas hati dan meminta pihak pengurusan meminta maaf. Tetapi pengurus tidak melakukan apa-apa tindakan sebaliknya, seorang pekerja telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada pelanggan tersebut.


Di mana kredibiliti pekerja KFC. semua orang tahu akan "customers are always right.." memang kita penat bekerja, tapi kita perlu lebih bersikap profesional. itulah cabaran sebagai seorang pekerja. sentiasa melayan dan menerima kutukan daripada pelanggan.


Sebelum ini sudah banyak kes yang kurang enak didengar yang telah dilakukan oleh pekerja KFC. jika zaman dulu, kes penyembelihan ayan tidak mengikut syarak, kemudian keluar video ayam dekat tapak kasut pekerja dan sekarang ini isu pekerja yang tidak profesional. Apakah KFC ingin lihat syarikat mereka jatuh? renung-renungkan dan lihat video ini. anda sendiri boleh memberi jawapan.




notakakiPCB : Semalam pon ada tengok video seorang pemuda kantoi curi motor Pak Guard di Giant, Kelana Jaya.

13 comments :

JIJI YU said...

biasa la iman turun naik..

Papa Mifz said...

den pun kerjo frontline nih dah hampir 10 tahun...kdg2 mmg tak sabar dgn kerenah customer...tapi masih boleh bersabar setakat nih...:)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

bahaya kalau kita tak blh tahan marah kan wan

KiD said...

benda ni masih dalam siasatan kan? hmmm.. perkara takkan terjadi jika masing-masing dapat mengawal amarah. pasti berlaku provokasi sebelum benda buruk ini berlaku.

Ezad Skytech said...

mungkin ada sesuatu yg berlaku yg kita tak tahu masa kejadian tu..

eyjalukman said...

ish3 , dua2 pon mcm slh . customer slh,yg layan nye pon slh . huhu

zakirul rahim said...

bertindak tak mengunakan otak..malah menggunakan perasaan..!! watdepak lah to pekerja KFC tuh..hahaha! teremo seketike..

Cik Bambam said...

kalau kita layan org baik.. kita akan dpt layanan baik..

bg CB lar.. customer ni pon mesti ada sumting yg dia ckp sampai staff dia naik angin.. x kisah lar awak pelanggan or peniaga.. manusia patut kena saling hormat lar kan.. we seen video bukan totally pon.. kot ada yg terselindung.. yer tak? :P

diba said...

uh..tkut2..

Teratak Zaffendi said...

Mana manager?say sorry dahlah..susah sgt ke?

Adzrien Shoppe said...

tak tau citer sebenar... org selalu menyalahkan pekerja sebab motto customer sentiasa betul tapi apalah agaknya customer tu cakap sampai mamat tu naik hantu.

Hasmad said...

Dari sumber mengatakan cina tue cakap "cibai punya melayu"...

Anonymous said...

hmm rupanya memang ada provokasi sebelum pekerja tu naik hangin...