Monday, February 20, 2012

VISA DAN PAS PELAJAR ASING DIHENTIKAN



Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menghentikan visa ketibaan dan pas lawatan sosial pelajar asing bagi membendung penyalahgunaan dokumen serta mengawal mereka daripada memasuki negara ini dengan mudah.


Kini, pihak KPT hanya mengeluarkan visa pelajar kepada pelajar asing selepas mereka menerima tawaran melanjutkan pelajaran di IPTA atau IPTS. Hal ini kerana, terdapat banyak kes pelajar asing di negara ini terlibat dalam kegiatan jenayah khususnya dalam penyeludupan dadah.


sumber Google. sekadar gambar hiasan.


untuk berita lanjut mengenai isu ini, boleh rujuk artikel di Berita Harian


PCB belajar di UKM dan sejak akhir-akhir ini, bilangan pelajar asing sangat ramai di UKM. Mungkin dasar UKM sendiri yang ingin memperbanyakkan pelajar siswazah iaitu Master dan PhD, memberi peluang kepada pelajar asing untuk menuntut ilmu dekat sini. Ke mana sahaja di sekitar UKM ini, pasti PCB akan bertemu dengan pelajar asing.


Dari sudut yang positif, itu merupakan satu perkembangan yang baik. Ini menunjukkan sistem pendidikan negara kita diterima oleh orang luar. Di samping itu, kemasukan pelajar asing sebenarnya menguntungkan negara kerana yuran yang dibayar oleh mereka jauh lebih tinggi daripada yuran yang dibayar oleh pelajar tempatan.


Namun begitu, dari sudut negatif, banyak juga perkara yang berlaku apabila kelimpahan pelajar asing berleluasa, Antaranya ialah dari segi budaya. Mereka sangat tidak memahami budaya kita walaupun mereka yang dari negara Arab sama agama dengan kita. Budaya dari negara asal mereka dibawa-bawa ke sini dan menyebabkan pelajar tempatan agak kurang selesa.


Selain itu, dari sudut keselamatan terutamanya pelajar wanita tempatan. Terus terang PCB cakap, pelajar wanita akan rasa lebih selamat jika ada pelajar lelaki tempatan berdekatan mereka berbanding dengan pelajar lelaki warga asing. PCB pon tidak tahu kenapa tapi PCB rasa pelajar wanita punya jawapan yang tersendiri.


PCB anggap itu satu langkah yang bagus untuk mengawal kemasukan pelajar asing. Jangan disebabkan keuntungan sesuatu pihak, keselamatan pelajar tempatan terganggu. Pilih pelajar asing yang benar-benar layak dan berkelakuan baik sahaja.



7 comments :

KiD said...

bagus.. sebelum banyak lagi kes2 yang berlaku.. sepatutnya dah lama buat benda ni.. huhuhu

Mardhiyyah Ridzuan said...

Sangat Setuju!!! banyak sbnrnye kes2 berkaitan dgn pelajar asing but most of the imes pihak uni diamkan. Unless dah sampai ke tangan media or polis, mmg xboleh nak senyap dah la.

Shafiq said...

Setuju! Patutnya pengambilan pelajar aing ditapis dahulu.

kiera'sakura said...

kan bagus klu dari dulu lagi ditapis... xpe lah yg penting diorg (pihak kementerian) dh belajar dari kesilapan.. :)

yad'z said...

takut dengan student asing... lagi2 negro.. ><

IMANSHAH said...

saya sokong

adwafarahin said...

elok sgt laa..kebanjiran diorang nie memeningkan..kita pulak jd takut ddk di negara sendri