Tuesday, March 13, 2012

ADIK DIRANG DIBUNUH DAN DIBAKAR



Kehilangan adik Dirang atau Nurul Nadirah Abdullah, 5, dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam sejak hampir dua minggu terungkai apabila mayat adik Dirang ditemui dibunuh dan dibakar di sebuah ladang kelapa sawit Nusa Damai selepas menjalani proses ujian DNA.



Adik Dirang =(


Pengesahan itu dibuat selepas membandingkan sampel DNA mayat yang rentung itu dengan sampel DNA ibu mangsa, Roselyn Alan, 25. Rangka adik Dirang ditemui di dalam sebuah lubang yang baru digali di ladang itu, kira-kira 3.5 kilometer dari rumah mangsa jika melalui jalan ladang dan 20km jika melalui jalan biasa.


Nurul Nadirah dilaporkan hilang selepas ke kedai runcit di tingkat bawah blok perumahan bersebelahan rumahnya dengan membawa wang sebanyak RM4 untuk membeli mee segera dan telur. Kehilangannya menjadi persoalan apabila sebelah selipar yang digunakan adik Dirang ditemui dalam kebun kelapa sawit dan sebelah lagi ditemui 500 meter dari situ dengan telur yang dibeli pecah dan mee yang bertaburan.


Shingga kini polis menahan empat individu termasuk bapa kandung adik Dirang dan sepasang suami isteri untuk membantu proses siasatan.


untuk berita penuh, boleh rujuk artikel di sini .


Peringatan sekali lagi buat semua ibu bapa, sentiasa perhatikan anak anda. jangan biarkan mereka keluar rumah bersendirian walaupun dekat kerana malang tidak berbau. Anak masih kecil dan belum mengerti apa-apa.


Buat keluarga Adik Dirang, takziah diucapkan. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Al- Fatihah buat Adik Dirang. Moga rohnya tenang di sana.


14 comments :

Spudin said...

alamak..bgtu kesudahan nya ? masyaallah

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Takziah buat keluarga nya. Manusia makin kejam

[sutera kasih] said...

kejamnya pembunuh2 tu..semoga roh arwah tenang di sana..takziah bt keluarga mangsa..Al-Fatihah bt arwah

Azlan Strider said...

aku rasa bahasa paling kasar kat dunia nie pun belum tentu boleh mengambarkan buruk perilaku orang tu..isk..isk...

Regards,
-Strider-

nia marlissa said...

mesti mak dia sedih sangat

..cik gugu.. said...

kejamnya dia kne bunuh ..

NAL said...

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa..sanggup pembunuh tu membunuh kanak-kanak yang tak berdosa..
al-Fatihah buat arwah

kiera'sakura said...

Al-Fatihah,, akak slalu mrah along ngn kakak akak klu diorg biar ank2.. takut mcm2 skang nie.. mntk simpang la

Siti_btp said...

Apa kena mengena dgn ayahnya di tahan
reman..Adakah dia yg mem...?

nauzubillah min zalik...

Amirah Adnan said...

semakin kejam manusia sekarang.. takziah buat bidadari syurga, adik dirang

KiD said...

dunia semakin kejam...

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

dunia menakutkan :(

-gedek! said...

speachless...

:(

Iffah Afeefah said...

tringat kat anak murid

spe suh bia ank jalan sendiri hurmmm