Friday, March 23, 2012

AMALAN SANTAU | AMALAN YANG DIKEJI



Selamat pagi.


korang tahu tak santau tuh apa? bukan santan ye yang perah kelapa tuh.tapi santau. santau nih kira antara benda popular dalam masyarakat kita selain dari nasi kangkang. and for sure lah santau ni berdosa besar dalam Islam.


Apa itu santau?


Menurut Wikipedia, santau juga dikenali sebagai tuju-tuju di mana menggunakan ilmu hitam untuk meracuni musuh. Secara umum, santau dilakukan melalui dua cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.


Santau secara fizikal 
  • meracuni seseorang melalui makanan dan minuman.
  • menggunakan miang buluh, kaca, serbuk dan sebagainya.
  • ada juga yang diletakkan pada baju dan kasut mangsa.
  • mangsa akan makan makanan tersebut dan ia melukakan perut. mangsa akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia.

Santau secara angin
  • menggunakan jampi dan dihembuskan ke arah musuh.

santau katak puru pon ada ye =(.


Tanda-tanda awal terkena santau (sumber di sini)

  • batuk yang berlarutan dan keluar darah
  • sentiasa sakit dekat tulang belakang
  • lemah sendi utama
  • period yang tak menentu (bagi perempuan)
  • nafas yang berbau
  • bawah mata biru seperti tidak cukup tidur) dan kuku menjadi biru
  • terasa gatal dan miang

Keburukan santau
  • sukar dikesan siapa yang melakukannya
  • penggunaan kaca dan bahan organik dalam santau sukar dikesan melalui ujian X-ray dan ultrasound.
  • santau angin boleh menyebabkan orang yang berhampiran turut terkena
  • santau biasanya mengambil masa yang lama untuk bertindak.

Cara merawat dan menghindari santau
  • cara untuk menghindari santau ialah dengan membaca bismillah dan doa setiap kali sebelum makan
  • cara untuk merawat santau sebenarnya banyak.ada minum air yang sudah dibacakan ayat al-Quran, ada yang kena baca doa dan banyak lagi.

Jadi. santau sangat berbahaya dan mampu menjejaskan kehidupan kita. sentiasa beringat dan berjaga-jaga. Janganlah terlibat dengan aktiviti santau kerana berdosa besar mengkhianati orang lain.


notakakiPCB: kalau nak baca pasal nasi kangkang, boleh baca kat sini

5 comments :

Ley Rashid said...

mereka tak takut balasan Allah...kesian lah mangsa yg kena tu...

KiD said...

tuuu diaaaaa... ada santau katak puru

SAYA BUKAN SAMDOL said...

bila dunia akhir zaman. yg dosa main dibuat

azalia hjsalleh said...

pelik2 je manusia zaman skrg

miss fatihah said...

scary kan.. banyak lg bend mcm tu skg