Thursday, March 15, 2012

ANDA KENAL JIRAN ANDA?



Selamat malam.


agak lewat hari ni update blog.al- maklumlah busy dengan kehidupan seharian. ayat nak bombastik je kan. macamlah i sorang je dalam dunia yang busy. mengalahkan Datin RM plak.


oh ye, PCB nak tanya korang ni, korang kenal tak jiran korang? erk, mungkin ada yang kata PCB ni tak betol sebab tanya soalan yang sudah pasti jawapannya "MESTILAH KENALLLL!!". Bertuahlah anda jika anda kenal jiran anda, sebab ada saja yang tidak pernah mengenali jiran mereka.


Ustazah PCB masa zaman sekolah dulu pernah bagitaw, jiran dalam Islam ni ialah rumah 40 ke hadapan kita, 40 ke sebelah kiri, 40 sebelah kanan dan 40 belakang rumah kita. Itu bermakna semua orang adalah jiran kita.




Seriously, ada orang yang langsong tak pernah kenal jiran mereka walaupon dah berjiran hampir berdekad lamanya. Kenapa boleh tak kenal? masing-masing buat hal sendiri dan tak de masa nak bertegur sapa. ye lah, belum pon matahari terbit, semua dah keluar cari rezeki, balik dari kerja plak matahari dah lama terbenam. Jadi, tak de masa untuk mengenali jiran.


Itulah kelebihan kalau tinggal di kampung. Memang kita boleh kenal jiran dengan rapat.sampai anak-anak jiran pon kita rapat. boleh buat kerja sama-sama, boleh berbual sama-sama, bila ada kenduri boleh sama-sama tolong. kira semangat kejiranan kat kampung memang sangat tinggi.


Bukannya kat bandar sistem kejiranan dia tak de, masih ada tapi tak sekuat di kampung. mungkin ada saja jiran tetangga di kawasan perumahan ataupun persatuan penduduk. Sebenarnya tak rugi kalau berbaik-baik dengan jiran tetangga. nak tahu kenapa?


Antaranya ialah dapat membantu bila ada masalah. Contohnya bila kita nak balik kampung, boleh mintak tolong mereka tengokkan rumah, bila ada kenduri atau solat hajat, boleh jemput mereka untuk meriahkan majlis. kira tak rugi pon kenal jiran nih. Bayangkan kalau jiran kita kena bunuh or what (nauzubillah), kalau kita tak rapat dengan jiran, mungkin kita tak tahu pon apa yang berlaku.


Jadi, kenali diri anda. rapatkan hubungan sesama jiran.


notakakiPCB: perut kenyang senang hati =)


11 comments :

KiD said...

ada gak jiran bz wat hal sendiri. hehehehe

Ezad Skytech said...

tu la..kalau kat bandar ni..semua buat hal sendiri je kan..huhu...

mamawana said...

Assalamualaikum,

Sejak remaja lagi, mama perhatikan lebih mudah mengenali jiran yg suka ke mesjid. Yang busy memanjang tak gi mesjid kuar masuk rumah mrk macam hotel, berkurung dm rumah shj dan bila lalu depan rumah kita pun tak bertegur. Huhuhu.. Apa2pon masih bleh bertegur sapa dgn jiran sebelah walau tak serapat manapun. Senyum pagi2 juga sedekah kat depa.

Nurul Atika said...

erk, jiran kita cina.

Ieja Comot said...

kenal ... tapi da lama x berhubung sbb masing2 wat hal sndiri..just jumpa time knduri jer.. ;)

hafiz hafizol said...

kecik2 dulu baik la ngan jiran.. skunk dah bawak diri masing2.. hmm

Ayuni said...

ader iran sebelah bilik, time gi toilet sure senyum kt dier tp dier x pndg pun....

Sha said...

sha duduk di rumah flat. so mostly kenal lah jugak. tapi tak sampai lah 40 buah rumah..hehe

J.Syazwana said...

aku duduk apartment kl.
memang tak kenal lah kan.
huhuhu

SEMUT said...

JUST BLOGWALKING... MAKIN MAJU KITA MAKIN KITA MEMENTINGKAN DIRI SAHAJA.. JIRAN SEBELAH RUMAH PUN TIDAK KENAL

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

sad to say, tak kenal... sbb stud kan, memang takde masa nak melepak kat luar rumah n beramah mesra dengan jiran tetangga