Thursday, March 22, 2012

APA YANG PERLU DIBUAT SELEPAS MENDAPAT KEPUTUSAN SPM?



Selamat pagi.


wah, tersenyum lebar adik-adik kita ni pegang slip result SPM ye. Tahniahlah dik pada yang berjaya kumpul A+ sebanyak yang mungkin tuh ye. yang kurang berjaya, janganlah masam muka mulot muncung sedepa, SPM is nothing. seriously, i repeat it is nothing. Fail dalam SPM tak semestinya anda fail dalam hidup. Sekarang ni agak mencabar jugak gred dia ye. kalau zaman PCB dulu, A1, A2, B3 dan bla bla bla.. sekarang ni dah tukar A+,A, A- dan bla bla.. 


yang menjadi permasalahan sekarang ni adalah apa yang perlu dibuat selepas dapat result SPM? seriously this is important thing that you should know. sebab apa, banyak kes sebelom ni, dapat result SPM gempak tapi langsong tak dapat tawaran biasiswa sebab tak pernah ambik tahu. benda ni kerap happen especially to those yang anak sulong and family tak pernah experience about what to do to their child after SPM.


Here,PCB nak bagitahu beberapa perkara penting untuk dilakukan selepas mendapat result SPM.


sumber: Google


Firstly, tengok result anda dengan mendalam. Kalau rasa result adik-adik tuh gempak. kalau zaman PCB dulu 7A dan ke atas tu kira gempak sebab kebanyakan biasiswa yang ditawarkan paling minimum untuk yang dapat 7A. kalau adik-adik rasa layak untuk dapat any biasiswa, what you shoul do is always update. sekarang ni banyak taw biasiswa yang ditawarkan macam JPA, MARA, TNB, Telekom Malaysia, Khazanah, Bank Negara, Felda, Petronas, Sime Darby dan banyak lagi. Jadi, apa yang perlu anda buat ialah sentiasa online dan update pasal tawaran biasiswa di laman web diorang. Selain itu, sentiasa baca newspaper especially English newspaper sebab biasanya tawaran biasiswa akan dipaparkan di iklan dekat surat khabar. Hari-hari kena update sebab nak tahu bila due date, bila tarikh interview dan banyak lagi.


Kalau rasa result kurang memuaskan, anda jangan bersedih. zaman sekarang ni, adik-adik masih punya banyak jalan untuk sambung pelajaran. Antaranya ialah Tingkatan 6, Diploma, Matrikulasi, Maktab Perguruan, Politeknik, ASASI dan banyak lagi. itu belom termasuk kolej swasta, jika anda mampu. Jadi, tetapkan matlamat adik-adik dan sentiasa buat back up plan. apply je semua tempat.at least pasti ada yang tersangkut kan. jangan limitkan untuk apply tempat-tempat tertentu sahaj. sentiasa update dengan tawaran kemasukan ke institusi yang dinyatakan di laman web rasmi atau surat khabar.


Kedua, sediakan fail khusus untuk sijil dan kelayakan anda. Ini untuk yang pergi interview, perkara yang anda wajib ada untuk interview adalah satu folder khusus tentang sijil-sijil anda dalam bidang kokurikulum dan kelayakan anda. Semua itu adalah bukti dan nilai tambah untuk anda berpeluang besar untuk lulus dalam interview. Jika anda tidak pergi interview atau menyambung pelajaran, anda tetap perlu menyediakan satu fail khusus untuk sijil dan kelayakan anda. seriously it is very important. susun sijil anda dengan elok dan kemas. Ini akan dapat meyakinkan mereka untuk memilih anda dalam menyambung pelajaran.


Ketiga, tetapkan cita-cita dan matlamat anda. Jika anda ingin belajar ke oversea, biasiswa merupakan salah satu cara untuk mencapai cita-cita anda. Jika anda ingin menyambung pelajaran dalam bidang sains, mungkin anda boleh memilih tingkatan 6, matrikulasi dan ASASI dalam bidang sains. Jadi, cuba fikir apa sebenarnya cita-cita dan minat anda.  Ibu bapa sepatutnya sentiasa menyokong apa minat dan kemahuan anda. itu lebih penting sebenarnya. 


PCB harap dengan tips yang diberikan akan dapat membantu adik-adik untuk membuat persediaan  yang lebih rapi untuk menyambung pelajaran adik-adik selepas SPM. selamat berjaya dari PCB!!


11 comments :

azalia hjsalleh said...

until now kita x tahu arah tuju hidup.. even dh jd final year student diploma

AnA_dew said...

wah..bgusnye senior ni..ha,pe lg adik2,sila bace tips yg sgt b'gune ni!sume ni mmg tol..

hawiz said...

alhamdulillah..hawis dah lepas..=)

Edy Zaidi said...

kawen je senang...hehe

ayie said...

haha setuju pasal ade parents yang xde pengalaman dan pengetahuan nk tentukan hala tuju anak selepas spm..mcm sy jugak la..jz go with the flow..xpandai nk mintak biasiswa n xde nak apply mne2 overseas U

Sha said...

sha dulu mmg dah niat nak amik tourism kat UUM ....masa tu UUM je yg offer degree UITM kena diploma tourism dulu baru degree.

so i decided g UUM and kena buat matriks 1 thn (i batch yg last utk matriks 1 thn)

lps matriks terus buat degree tourism spt yg i mimpikan...heheheheh

whitecappuccino said...

dengar tu..advice dari one of the best students ni..:)

Ezad Skytech said...

hee...lepasan SPM kena baca ni..:D

roq said...

aku dah nag grad degree ni pon blur nok pi mano eh! hahaha!

singgah2 la sini :)

ezzamalik said...

ezza bru lepas dpt reult 21/3 hari tu.tapi smpai sekrang xtahu nak apply mana.please help me
btw tqsm

Iffah Afeefah said...

Erm bgs tips ko

hei nyesal xblajw bebetol spm dlu