Sunday, March 11, 2012

BEKERJA BIAR SEIRING DENGAN MINAT



Selamat malam.


oh ye, mungkin PCB tak layak nak bercerita soal alam pekerjaan kerana PCB masih belajar, tapi kerana fikir ini berkaitan dengan masa depan, PCB ambik jugak sedikit masa untuk berfikir soal karier.


Seorang pensyarah PCB pernah memberi pandangan semasa dalam kuliah, " lakukan sesuatu pekerjaan yang kita minat, kerana ianya akan menghasilkan kepuasan dalam bekerja.." " kalau lakukan sesuatu pekerjaan kerana terpaksa, anda boleh lakukan pekerjaan itu tetapi hanya ala kadar sahaja.."


PCB yakin akan ramai student universiti yang menyedari bahawa kursus yang mereka ambil sewaktu di universiti rupa-rupanya tidak menepati minat dalam diri mereka. Biasanya, pada awal pengajian mereka belum merasai perkara tersebut. Hal ini berlaku selepas mereka kurang score dalam exam atau merasakan mereka makin tidak berminat dengan apa yang mereka sedang belajar.


kami teletubbies. kami belajar mengira, tapi sebab kami minat makan, kami nak jadi chef!!


Tapi, ada di antara kita yang memilih untuk bekerja dalam bidang yang mereka pelajari di universiti walaupun tidak gemar. Mereka mungkin mampu melakukan pekerjaan tersebut tetapi tiada kepuasan dalam bekerja. melakukan sesuatu pekerjaan mungkin kerana ada peluang kerja, gaji yang tinggi dan lain-lain lagi dan bukan kerana minat.


Pensyarah PCB pernah bercerita, " nak lihat seseorang tu ada kepuasan dalam bekerja ialah bila waktu bangun pagi.. kalau bangun pagi je, hati senang untuk ke tempat kerja, itu kira memang dia minat kerja tersebut.. tapi kalau bangun pagi je, hati runsing fikir malas nak pergi kerja, kena tengok muka bos yang garang tuh,itu kiranya bekerja kerana terpaksa dan bukan minat.."


PCB ada juga kawan-kawan yang macam ni termasuk PCB sendiri. Kami mungkin ambil bidang biologi sewaktu di universiti. Tetapi, PCB tahu ada di antara kami yang mempunyai minat terhadap fesyen, bisnes dan lain lain lagi. Jadi, semua ini bergantung pada diri kita. Tidak salah pon bekerja dalam bukan bidang yang kita pelajari di universiti asalkan minat tu ada.


Jadi, pada kawan-kawan yang masih ragu tentang pekerjaan anda. ikut minat anda. Bekerja kerana minat ni memang memberi kepuasan dan prestasi kerja yang maksima. tak bestkan kalau kerja kerana terpaksa dan bukan minat kata. At last, kita pulak yang rasa tertekan. Jadi, fikir-fikirkanlah -)


notakakiPCB: kerja jangan memilih sangat. Zaman sekarang tak macam dulu.


8 comments :

Onitsuka_hana said...

hana sokong 100%.hana minat nak jadi nurse. tapi masalahnya dah mtk tapi xdapat. Mintak guru n dapat. 6 bulan lepas tu hana dapat tawaran masuk kptm cos jururawat. Tawaran tu hana ketepikan sebab masa tu hana dah mula minat kerjaya guru :)

Awie Omar said...

Yang pasti rezeki ada di mana mana asalkan kita rajin berusaha.

Hana_Maroo said...

setuju ngan pendapat tu.. tp slalu dpt wat bnda lain..
Hi hana, nama kite sm, minat pown sama... >_<

azalia hjsalleh said...

belum merasai kepuasan yang maxima dgn kursus yang kita belajar nie..
ikut pilihan abah..
haraplah masih x terlambat utk ubah

KiD said...

kid pun sama.. belajar bidang lain.. keje bidang lain selepas tukar haluan

Ezad Skytech said...

betul tu..setuju sgt dgn pendapat PCB tu..kalau nak kerja tu..biar berdasarkan minat...kalau tak minat, nak buat kerja pun tak boleh nak fokus...

Iffah Afeefah said...

smbungan entry aku ke

tu la

kdg minat pon ley ubah kite kan

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Akak sokong.. Zaman sekarang ni mereka ambik kursus ikut sempat je. Bil kerja x minat bidang tu. mula kerja mcm ala kadar