Monday, March 19, 2012

BERJIMBA-JIMBA DI SUNGAI GABAI



hello. PCB in da house!! ( baca ala-ala Mila AF datang =).. muntah pink kejap )




semalam is among the best time PCB pernah rasa. korang pernah pergi Sungai Gabai? seriously best dan sangat fun =). kalau sebelum ni PCB pernah cerita pasal trip ke Sungai Tekala, kali ini ke Sungai Gabai plak. Trip kali ini adalah anjuran kelab Botani UKM. so, we started our journey from UKM dalam pukul 8.30 pagi and then sampai sana dalam pukul 9 lebih. around sejam setengah jugak perjalanan.



wajah-wajah gigih berjalan 2KM untuk sampai ke pintu masuk Sungai Gabai.



Kitorang pergi dengan bas UKM and bila sampai di persimpangan untuk masuk ke Sungai Gabai, bas tak boleh masuk sebab jalan agak sempit. so, nak tak nak kitorang terpaksa berjalan kaki daripada simpang Sungai Gabai ke Sungai Gabai. kira-kira 2 km. mak aih, terbeliak yer mata tengok 2km. ku ingatkan 200 meter. rupanya 2km. Dengan gigih membawa makanan dan peralatan + baju mandi semua, kitorang berjalan lah dengan semangat membara. (tiber ayat over!)


Peluh di celah ketiak dan celah-celah yang lain tak perlu diceritakan. mengalir laju sederas air terjun Sungai Gabai. (ok yang ni i tipu..hehe). Tapi, berjalan dalam hutan adalah something yang awesome and cool. seriously sangat redup dan tenang. tak macam dekat Bangi nih.panas dan tension.sekitar 30minit, kitorang sampai ke Pintu Masuk Sungai Gabai =)



oo yeah!! dah sampai pintu masuk Sungai gabai.Welcome!!



ku ingatkan dah sampai ke Sungai Gabai, sudah tak perlu jalan lagi. rupanya perjalanan masih jauh. bila kitorang sampai di air terjun belah bawah, ramai betol orang lain dah bermandi manda. Lagipon port kitorang nak mandi bukak kat sebelah bawah,tapi paling atas. So, kena naik ke atas guna tangga. Sumpah tangga dia sangatlah curam dan licin. so, kalau korang nak ke atas, perlukan selipar atau kasut yang bertapak, bukan yang dah haus. takot tergelincir nanti. sangatlah curam dan tinggi, rasanya tangga Batu Caves yang PCB naek pon tak securam ni. Kaki memang dah kebas sangat-sangat. Tapi, segalanya berbaloi bila sampai ke air terjun tingkat atas. =). apa lagi, jom mandi ramai-ramai =).



muka ceria dapat rasa mandi air terjun Sungai Gabai.




Sebenarnya sebab nak mandi kat air terjun belah atas sebab dia ada sliding. serius syok gila. slide ramai-ramai. bukan selalu dapat pengalaman main slide dekat air terjun kan. cuba tengok gambar kat atas.ada satu yang tempat main slide tuh.best sangat walau kepala ni dah bape kali masuk air. Pada yang pernah pergi Sungai Gabai mesti pernah rasa tempat slide tuh.syok kan.


Dah settle mandi semua, makan minum (ini wajib!! hehe). ada lah plak sesi anugerah!! meletop.dah macam ABPBH plak. kitorang perlu mengundi untuk kategori-kategori yang bertanding. Dan keputusannya i tak menang satu kategori pon.haha. sabar saja. kih kih. ni antara kategori yang ada. =). penat pergi berkempen. kalah jua akhirnya. hoho.


antara award yang dicalonkan.. tahniah pada yang menang!!


rasanya sampai situ je kot laporan PCB kali ni.haha.laporan bertulis la plak kan.lantaklah yang penting PCB tahu ada yang baca. so, PCB recommend jomlah ke Sungai Gabai. tak rugi pon sangat best!! boleh release tension.



Okbai.


korang semua baik dan suka menolong kan. jom like gambar PCB bersama topi eksklusif Bunga Teratai Tasik Chini dekat sini. TQ pada yang LIKE!!

9 comments :

NAL said...

wah, bestnya...sejuk je tengok..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wan..meriahnya gi reramai....nak join gak!

Ayuni said...

ske main air....

ayie said...

besnye! lme xmandi sungai..sejukk

azalia hjsalleh said...

pcb MENANG award apa?

kak ina kl said...

tak pernah sampai kat sini...masa muda bestlah berendam..dah tua ni tentu rasa sejuk..lagi satu malas nak menyalin bila dah basah

misz_eyza said...

meriah nyer aktiviti semua...syok ekk dapat mandi sungai relak tenang fikiran.

Udinz.com said...

letih lah pulak PCB kena jalan 2km...tapi okeh la..smpai boleht terjun terus dlam sungai..hehe
meriah betul!

Ezad Skytech said...

hee..sesekali berjalan 2KM...pe salahnya PCB..hee~

> wahhh..bestnya dapat mandi manda mcm ni...tension pun boleh hilang tau..hee~