Sunday, March 25, 2012

BIASISWA PETRONAS 2012 | PELAJAR LEPASAN SPM 2011



Assalamualaikum dan selamat pagi.


Alhamdulillah. PCB bersyukur kerana entri lepas berkaitan dengan Biasiswa Axiata 2012 memberi manfaat kepada pelajar yang baru sahaja mengambil keputusan SPM 2011. Kali ini PCB ingin berkongsi biasiswa yang paling hot dalam kalangan pelajar iaitu Biasiswa Petronas 2012 dan khas untuk pelajar lepasan SPM 2011.


PCB akan copy kata-kata aluan daripada pihak Petronas kepada semua pelajar yang ingin membuat permohonan.


sumber: Google




" PETRONAS sekali lagi menawarkan biasiswa pendidikan peringkat universiti kepada calon-calon SPM 2011 di dalam bidang-bidang khusus berkaitan industri minyak dan gas.

Permohonan dipelawa daripada calon-calon yang memiliki latarbelakang pencapaian akademik yang cemerlang di samping mempunyai sifat kepimpinan yang terbukti melalui penglibatan aktif di dalam aktiviti kokurikulum, sosial serta kesukarelawanan.

Program Biasiswa Pendidikan PETRONAS adalah penajaan yang berbentuk biasiswa. Program ini terbuka kepada program sarjana muda di Universiti Teknologi Petronas (UTP) atau universiti luar negara." 



ini adalah syarat umum kelayakan memohon.
  • Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2011.
  • Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
  • Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2012.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti kokurikulum






Antara program sarjana muda yang disediakan di UTP (Universiti Teknologi Petronas) ialah Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Petroleum, Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Sistem maklumat perniagaan.

Antara program yang disediakan di Universiti Luar Negara ialah Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Petroleum, Geologi, Geofizik, Perakaunan, Perdagangan dan Kewangan.


untuk maklumat lanjut seperti cara permohonan dan sebagainya, boleh rujuk di laman web ini,


SPM 2011 Online Application Petronas : http://spmonline.petronas.com.my/



Permohonan secara Online dibuka mulai 9 pagi, 21 mac 2012
Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 petang, 28 Mac 2012



notakakiPakCekBiola : sama-sama share untuk adik-adik kita. TQ. masih  ada peluang =)


3 comments :

MawardiYunus said...

ala.. xleh la nak apply kalu cam ie.. ngeeeeeeee

shafiq said...

hermm , x boleh nak apply jugak ar , grr .

Iffah Afeefah said...

cpt2 apply dek

mungkin rezeki anda di sana