Sunday, March 4, 2012

CADANGAN PENGGUNAAN DUIT PTPTN DENGAN BIJAK



Salam ahad.


PTPTN atau lebih dikenali sebagai PTPTpu di kalangan student. kenapa dipanggil sebegitu rupa? mungkin mereka ada sebab tertentu mengapa berkata sedemikian. walau bagaimanapun PCB yakin semua student IPTA yang mintak pinjaman PTPTN, semua dah dapat pinjaman untuk semester ni kan =)


biasanya awal-awal dapat PTPTN, otak semua dah fikir, apa yang perlu dibeli, di mana ingin berjoli, nak semua yang baru (henfon, baju, seluar, kasut etc. ) . Waktu ni, ramai student rambang mata nak habiskan duet sampaikan tak fikir yang mereka masih ada beberapa bulan lagi untuk semester ini.


Jadi,apakah plan yang sesuai dengan duit PTPTN  yang dapat untuk digunakan sebaik mungkin  semester ini?

sekadar gambar hiasan.


PCB bagi contoh, kali ini anda mendapat RM1500 untuk satu semester setelah ditolak yuran pengajian dan caj yang lain.


1) Pertama sekali, asingkan 20%-30% wang tersebut ke bank lain atau beri saja pada mak atau ayah anda. kiranya wang tersebut dalam (RM300 - RM450) tidak akan anda usik sebagai simpanan masa depan. Hal ini penting untuk elakkan anda menggunakan semua wang PTPTN anda sehingga habis. At least ada duit untuk emergency case.


2) Anda masih punya baki (RM1050 - RM1200) . Anda masih punya 4 bulan untuk habiskan semester ini iaitu Mac, April, Mei dan Jun. Jika anda masih berbaki RM1200, anda boleh gunakan RM250 setiap bulan untuk perbelanjaan harian


RM250 x 4bulan = RM1000


kiranya anda masih punya RM200 untuk shopping. mungkin tidak logik untuk membeli henfon, kamera or etc. tapi untuk..


membeli 2 helai baju di Padini store, seluar skinny di FOS , selipar fipper, 2 kasut berpatutan yang cantik, anda mampu membelinya dengan bawah RM200.


Jadi, tiada alasan dengan wang yang sedikit, anda tidak mampu shopping. cuma, jangan terlampau ego atau mengikut nafsu untuk beli barang branded. tak salah untuk guna duit PTPTN untuk beli pakaian kerana itu adalah keperluan. lebih-lebih lagi dalam meningkatkan level confidence.. cuma, beli ikut keperluan dan jangan ikutkan nafsu.


notakakiPCB : selamat berbelanja dengan berhemah!!


12 comments :

mamawana said...

Tabungkan 10% wang itewww.....

hafiz hafizol said...

200 sebulan tu makan pun x cukup... T___T

NAL said...

cadangan yang sangat-sangat baik..dpt shopping sambil menabung..lagipun tak perlu kowt nak tukar hp or etc, study lebih penting :)

che'pi said...

Nasihat yang baik....

Ntah la ... terasa jgk nak ngambil PTPTN untuk bayar yuran PJJ ku ...
tapi memandangkan bunganya dan kesan jika diBlacklisted kan... aku x jadi.......

PTPTN memang membantu... tapi.........

YUYUE MELISSA said...

MAKAN 1 BULAN 300HENGGET. TU PON KALO CUKUP....

Iffah Afeefah said...

aku menabung kat asb 100 sebulan

tu pn terpakse haha

~ariFFin~ said...

perhh..betul jugak cm 2..tapi sekarang dah last sem..cm x sempat dh nk menabung kan..asyik enjoy je

Ayuni said...

camne klau duit ptptn dpt rm100 je?

KiD said...

dulu kid bawah JPA.. so, pinjam 12 ribu.. bayar pun 12 ribu.. :)

-gedek! said...

alamak.... terasa la pulak...

haha

the triplets said...

x sempat nk ambk PTPTN hari tu... selamat...

Salina said...

cadangan n cara yg bagus sekali..selalunya tgk student lbh ramai pakai hp yg canggih magih ni..