Pelakon comel, Liyana Jasmay selamat bertunang dengan pasangan hatinya, Fathuddin Mazlan. Majlis pertunangan Liyana Jasmay diadakan pada hari semalam, 28 Mac 2012 di rumah Liyana jasmay di Kemensah Heights, Kuala Lumpur.
Liyana Jasmay kelihatan ayu memakai busana daripada Rizman Ruzaini. Pihak wanita menerima 5 hantaran daripada pihak lelaki iaitu set wangian Gucci Guilty, set telekung, sebentuk cincin, sireh junjung dan cupcake. Manakala, pihak lelaki menerima 7 hantaran daripada pihak wanita seperti senaskhah Al-Quran, set butang baju Melayu, sebiji kek, sehelai kain samping, biskut, pewangi jenama Dunhill dan cupcake.
Pasangan Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan dijangkakan akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 24 Januari 2013.
Di bawah ini adalah antara gambar pada majlis pertunangan Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan.
Sumber: Beautifulnara.
Fathuddin mazlan dan Liyana Jasmay
Singgahsana indah..
upacara menyarungkan cincin
antara hantaran yang dihias indah.
PCB mengucapkan tahniah buat Liyana Jasmay. Semoga pertunangan ini akan berkekalan sehingga ke hari perkahwinan yang ditunggu-tunggu. Amin.
notakakiPCB: menunggu BE yang belom pasti.
15 comments :
cantek singgh sana dorng! :)
comel betol LJ !
and tunang dia, not bad (:
selamat bertunang buat adik manis ni.senyuman dia mmg terlebih gula.tgk pun blh cair ooo...suwitnyerrrr...
tunang dia kacaknyer.sepadan.akak doakan mereka cpt2 naik pelamin
simple je mekap dy..tu yg baguih tuh...hehhe
singgah le ke belog sy..hehhe
http://cintazulaikha-ummi.blogspot.com
@Marya Hana amboi kau marya, usha tunang die je eyk. ko nye turn bile plak?
@Lydia Miza(Aidyl Azim) bagai pinang di belah dua
@CintaZulaikha TQ for invite =)
Baru saya tahu, bertunang pun kena dulang ada hantaran dan ada pelamin. huhuhu... Kena banyak simpan duit nie...
mcm majlis kawen pulak hehe
@Shafiq sekarang ni semua benda guna duit =)
@c'axoera ヅ itulah siap pelamin semua =)
Aduyh.... Kurus sangat...kekeke
@Joe_Hans hehe. memang kurus kan die
tak sangke dah bertunang dah..huhu
liyana comel..tunang dia ensem..sama padan :)
Post a Comment