Friday, March 9, 2012

KENAPA SESETENGAH ORANG MEMILIH UNTUK BEKERJA DI LUAR KL?



Selamat malam.


entri lewat malam. kadang-kadang bila aku jalan-jalan sekitar KL, aku akan gunakan kemudahan public transport seperti Monorel, Komuter, LRT dan sebagainya. masa ni lah aku akan terserempak dengan ramai orang KL yang bekerja dekat sini. seriously bila pandang muka diorang balik kerja, penuh dengan tension dan penat.


Bila difikirkan balik, banyak sebab rupanya kenapa ramai orang lebih gemar kerja jauh dari KL. Antaranya ialah.


1) Masalah banjir



masalah yang menjadi kebimbangan penduduk KL sekarang ini. bila hujan lebat lama sikit, pasti ada kawasan yang akan dilanda banjir. Banyak barang yang musnah dan merugikan penduduk KL. Banjir menjadi trauma kepada penduduk untuk menetap di sini.



2) Kesesakan lalu lintas

gambar di atas baru sahaja berlaku pada pagi tadi. Kesesaakn teruk berlaku di Plaza Tol Sungai Besi hanya kerana sebuah trailer rosak. Hal ini mengganggu orang yang ingin ke tempat kerja dan mempunyai hal kecemasan.



3) Masalah kebanjiran warga asing




Masalah warga asing yang terlampau ramai di sekitar Kuala Lumpur membuatkan ramai yang berasa rimas dan kurang selesa. Hal ini berkaitan dengan keselamatan mereka terutamanya wanita. Lagipun, budaya mereka dan kita jauh berbeza dan mereka seolah-olah mendominasi beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur.


Banyak lagi sebab lain yang menjadi perbualan kenapa ramai rakyat Malaysia yang lebih senang bekerja di luar kawasan Kuala Lumpur walaupun kemudahan di KL adalah bagus. Jadi,apa pandangan anda tentang isu ini? sama-sama kita berkongsi.


notakakiPCB: letih kaki berjalan.


--> kenal Jessie J. nak jumpa dia? mereka ada caranya. klik sini .
--> jom join contest dari Great Eastern dan menangi hadiah yang menarik. sila klik sini



12 comments :

Cik Bambam said...

tul lar wan.. CB xnk keje kat KL sbb2 di atas lar.. even gaji x tinggi mcm kat KL.. tapi ku bahagia balik rumah bukan dgn muka stress menempuh jem..hehehe

iz said...

pelik juga sebab jem2 pon sanggup bawak keta lagi..

Ezad Skytech said...

tu la...skrg ni kat KL mmg tak boleh hujan lebat sikit...mesti akan banjir kilat...

setiap hari di waktu puncak..jalan kat KL mesti jammed...fedup jugak kalau hari2 kena tempuh jammed kan...

amir aizat said...

banyak dugaan kan, huhu

Abang Zam said...

orang malaysia tak biasa nak amalkan berjalan kaki & kemudahan awam

.........cP~ said...

Salam.

Tapi, cuma kat bandar ada pelbagai kemudahan awam yang banyak.

Haz said...

btl2..
x larat berdeepan jem..
smua jln nak jem kat kl..

shera haifa said...

kalau xnak jem smua tu naiklah kemudahan awam spt lrt, monorel, komuter. tp kene sangup bersesak2 ngn org laa.. xpun kerja kat tempat yg mana jalannya bertentangan dengan kesibukan..

KiD said...

jammed di KL sangat sangat memualkan.. dah lali.. hehehee

~ariFFin~ said...

kalau cakap Key Ell je mesti akan kita fikir pasal jam...sebab tu la x suka kat kay ell..

daimpressive said...

naik LRT sudehhh.... hehe

http://suaraserak.blogspot.com/2012/03/rainmaker-minder-grinder-di-manakah.html

Kasih Salina said...

takut dgn persekitaran yg sebigitu rupa..