Monday, March 12, 2012

MATANG FIZIKAL TIDAK SEMESTINYA MATANG PEMIKIRAN



Bila berbicara soal matang, kadang-kadang jadi isu sensitif. sebab matang ni perkara yang subjektif. setiap orang punya pengertian sendiri apa itu matang.



Matang sebenarnya ada dua. matang fizikal dan matang pemikiran. Kalau matang fizikal, bila yang laki suara mula garau ibarat Elvis Presley, bulu tumbuh merata tempat sampai tak boleh nak kontrol dan yang paling signifikan, keluar cecair yang pekat dari anunya, matanglah lelaki tu dari segi fizikal. Begitu juga perempuan, bila setengah tempat mengembang dengan bulatnya, keluar darah yang perlu dijaga kerana kotorannya, kira matanglah perempuan itu dari segi fizikal.



Tapi, matang fizikal tidak bermakna korang akan matang pemikiran. Kadang-kadang harap je suara dah garau, muka dah tumbuh jerawat, tapi seluar dalam pon mak yang tolong pilih dan beli. Kadang-kadang harap je bulu sana sini tumbuh tapi nak masak telur mata kerbau pon mintak tolong mak. Jadi, walaupon ada berusia dua puloh sembilan tahon,tidak semestinya anda matang dari segi pemikiran.



ini kawasan Bakau di Matang Perak. tapi yang i citer skang bukan Matang Perak. tapi pemikiran yang matang =)



Bagaimana orang ukur anda matang dari segi pemikiran?


Apakah dengan lepak di kedai mamak sambil hisap shisha perisa strawberi dan lepaskan kepulan asap di udara, itu dah di kira matang? Apakah mengorat awek yang baru pulang dari sekolah dengan maen gitar lagu Bunga Angkasa dah di kira matang? Apakah peluk awek di depan public sambil pegang-pegang awek punya dah dikira matang? tepuk dada tanya selera.


Bagi PCB, matang tidak ukur dari sudut itu. Matang sebenarnya ada kaitan dengan tanggungjawab. Anda dianggap matang bila dapat memikirkan yang mana baik dan yang mana buruk. Itu dikirang pemikiran anda sangat matang seperti orang dewasa. Matang dalam menjalankan tanggungjawab anda sebagai pekerja jika anda bekerja dan sebagai seorang pelajar, jika anda belajar. Selain itu matang dalam memelihara hubungan dengan ibu bapa dan adik beradik. itu yang dianggap matang sebenarnya.


Jadi,adakah anda rasa diri anda sudah cukup matang? fikir-fikirkanlah dan sama-sama kita menjadi lebih matang yang sebenarnya.


notakakiPCB: mengidam nak makan pizza.


9 comments :

K2r~90 said...

orng y biase hidup susah lebih cpt matang.. siyesly..

ahsfantasy24 said...

Matang fizikal tu ramai,
matang akal dan jiwa tu susah..

pengalaman banyak mematangkan ^^

.........cP~ said...

Salam.

Matang separuh kot. Boleh ke?

Shafiq said...

belajar nak matang...

Ayuni said...

klau ngumpat dlm FB tu kira matang ke?

Kamsiah said...

hehehe..tak suka,geli geleman..bila yg dah 'tua' tp berperangai mcm budak2...

Cahaya Mata @ Nurul Are Inn said...

Matang skit je..bleh ke mcm 2? huhuhu =.='

~ariFFin~ said...

tetapi aku ni macam tak matang2..mungkin saiz fizikal aku macam budak2 sekolah n muka pon x matang..so aku rasa macam tak matang sekarang ni..tapi orang lain memandang sebaliknya

KiD said...

wan bila free? leh makan2 pizza