Sunday, March 18, 2012

PENULIS BLOG PERLU ADA RASA CINTA PADA NEGARA



Selamat pagi.


Alhamdulillah, PCB terasa bangga dengan pencapaian dunia blog kini. Kalau dahulu bila kita sebut tentang blog atau blogger, masing-masing menggelengkan kepala tanda langsung tidak tahu apa itu blog dan blogger. lebih-lebih lagi apakah penting sangat mereka pada kehidupan. Namun, sejak dua menjak ini, ramai pihak sudah sedar akan kepentingan blogger sebagai medium maklumat terbaru selain daripada media cetak dan media elektronik lain.


Kalau dahulu, penulis blog langsung tidak dipandang oleh kebanyakan pihak, namun kini, apabila ada sesuatu majlis penting, penulis blog akan dijemput untuk hadir kerana ramai sudah sedari kepentingan blogger dalam mempengaruhi minda rakyat.


Kini, orang lebih gemar untuk membaca blog untuk mengetahui isu tertentu  kerana biasanya blogger ini bersifat terbuka dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak. Selain itu, penggunaan internet yang kian meluas menyebabkan orang lebih mudah akses terhadap blog.


Justeru dengan kepentingan blog dan blogger dalam kehidupan rakyat Malaysia, Datuk Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyarankan agar setiap blogger mempunyai rasa cinta pada negara. sebenarnya, blogger membawa imej kepada negara. Bukan sekadar di Malaysia, trend blog adalah merupakan trend satu dunia dan semua orang di dunia lebih berminat untuk membaca blog kini daripada sumber yang lain.


PCB gemar dengan kata-kata yang diberikan oleh ayah kepada seorang blogger. dia katakan, 

"jangan menulis hanya kerana untuk mencari trafik di blog, tapi biarlah menulis untuk mencari trafik di akhirat."


Tahniah Eqbal Zack!! Best of Lifestyle Blog =)


rasanya ada yang memahami kata-kata tersebut. Tahniah diucapkan pada semua blogger yang menang dalam Majlis Anugerah Media Sosial yang berlangsung di PWTC .


notakakiPCB: penat kaki berjalan sakan.esok ke Sungai Gabai..oo yeah!!

11 comments :

Shafiq said...

Kena jadi blogger yang berhemah dan beretika.. :-)

KiD said...

selamat berbloging semua.. jadilah blogger yang beretika. :)

faizulosman said...

tahniah kpd pemenang!!!

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/03/fenomena-kahwin-awal.html

azalia hjsalleh said...

jd blogger pun boleh famous?
pelik tp benar..

NAL said...

setuju..penulis perlu mempunyai semangat kenegaraan dan dengan itu setiap penulisannya tidak mempunyai unsur2 antagonis & bahasa yang digunakan adalah sopan..we are Malaysian..so, bangga lah dengan negara sendiri..

eqbalzack said...

terima kasih rozuan,
mmaf abg eq lewat singgah sebab semalam sgt2 la penat..
bg abg eq blogger perlu ikhlas menulis, bukan kejar trafik semata2..insyaallah bila kita ikhlas rezeki akan dtg tanpa kita jangka...
buat rozuan, selamat berblogging juga...

ikhlas,
abg eqbalzack

eqbalzack said...

terima kasih rozuan,
mmaf abg eq lewat singgah sebab semalam sgt2 la penat..
bg abg eq blogger perlu ikhlas menulis, bukan kejar trafik semata2..insyaallah bila kita ikhlas rezeki akan dtg tanpa kita jangka...
buat rozuan, selamat berblogging juga...

ikhlas,
abg eqbalzack

hafiz hafizol said...

nati PCB plak dpt anugerah.. tunggu.. haha

Ayuni said...

menulis kerana minat bukan keranan menghentam...

che'pi said...

nak jadik ape sekali pun.. kena ade etika nya....

whitecappuccino said...

tahniah buat En Eqbal Zeck..dan yang berjaya.