Friday, March 30, 2012

TIPS UNTUK MUDAH BANGUN PAGI



Selamat pagi.


bagi yang bercuti, sudah pasti katil merupakan tempat terbaik untuk merehatkan badan. ditemani bantal yang empuk dan selimut yang tebal, sudah pasti membangkitkan lagi nikmat tidur di pagi hari. Bagi yang bekerja, terpaksa membuka mata luas-luas dan gigihkan jua untuk mandi walau dalam hati, terdengar bunyi katil memanggil-manggil untuk tidur =).


Pasti ramai yang menghadapi masalah untuk bangun pagi. mana tidaknya semalam bersengkang mata melayan twitter bersama rakan-rakan, ataupun gigih melepak di kedai mamak sambil melayan game bola kesukaan sampaikan lupa pagi esoknya perlu bangun pagi untok ke tempat kerja. Jadi, PCB ingin berikan tips untuk senang bangun pagi. Tips ini diambil dan diolah daripada sumber ( http://www.wikihow.com/Wake-Up-Early ).





1) dapatkan tidur yang mencukupi.

waktu yang terbaik untuk orang dewasa tidur ialah 6-7 jam. saya ulang, orang dewasa. kalau baby, for sure more than that. Jadi, kalau dah tahu anda bekerja pagi esoknya, janganlah berani sangat bersengkang mata malam sebelum itu. Kita perlukan rehat yang cukup untuk bekerja. Jadi, tidur yang cukup dapat membantu anda bangun awal di waktu pagi.



2) Pastikan ada jam loceng dan pastikan diset pada waktu pagi.

Kalau anda yang jenis pekak atau buat-buat pekak, belilah jam loceng yang besar gedabak. kalau boleh letakkan jam loceng tuh dekat dengan anda. Dan yang paling penting, tiada guna punya jam loceng besar kalau anda salah set. Pastikan anda set jam untuk berbunyi di waktu pagi. bukan di waktu petang. 6 a.m. not 6 p.m. (sebagai contonya..)



3) elakkan minum kopi atau soda pada waktu malam

minum minuman yang berkafein seperti kopi hanya menyebabkan anda sukar untuk tidur. elakkan daripada mengambil minuman tersebut melainkan anda ingin berjaga malam. Kalau boleh, makanlah buah-buahan ataupun susu yan boleh menyebabkan anda lebih senang untuk tidur.



Insomnia 



Apa itu insomnia?

Insomnia adalah merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.


Tahap insomnia

Mungkin ringan, sederhana ataupun kronik.


Jenis insomnia

1) Primer - bukan disebabkan masalah kesihatan

2) Sekunder

a) psikiatri - masalah kemurungan

b) bukan psikiatri - disebabkan masalah kesihatan


Tips elakkan insomnia
  • lakukan senaman dengan kerap
  • jangan merokok
  • cuba belajar menangani tekanan
  • pastikan bilik tidur selesa
  • elakkan minum kopi pada waktu malam

jom breakfast dengan teh tarik (klik sini )



12 comments :

NAL said...

nice sharing..good job

✿ pink velvet ✿ said...

naseb baiklah takde masalah sgt nak bangun pagi ni ... cuma kalau hari jumaat ni agaq malas la nak bangun, sbb dah pk nak cuti je, haha~

ecadwinkyasha said...

nice nice..bagus tuk rujukan eca sbgai seorg student yg ada masalah tidur dan suka tdur didalam kelas.... :D

AnA_dew said...

Thnks PCB for sharing this..Ana mmg de masalah tido since selalu sgt stay up wat keje..hoho..tp,de baiknye jg..dpt update blog mcm skang..hehe..

Rozuan Ismail said...

@✿ pink velvet ✿ hehe. mesti tak sabar nak cuti

Rozuan Ismail said...

@ecadwinkyasha lepas ni bolelhlah kurgkan tidor dlm kelas ye

Rozuan Ismail said...

@AnA_dew wah!! ada kebaikan berblog

Cik Bambam said...

tp kan wan... CB pon dah pernah buat semua tuh.. still susah bgn tido jugak..hahahah.. adoi~! =.='

Cik tikah said...

tidur yg mencukupi sgt penting utk dpt bdn yg sihat :)

Rozuan Ismail said...

@Cik Bambam alamak, itu mmg x dapat diselamatkan le kot

kiera'sakura said...

waktu tidur akak kena 8 jam baru rasa cergas nk bgun esoknya..hihihihi

Rozuan Ismail said...

@kiera'sakura wah!! dah macam waktu tidur baby plak ye