Sunday, April 22, 2012

EARLY AUTISM PROJECT MALAYSIA | JOM BANTU MEREKA =)



Assalamualaikum dan selamat pagi.


Kali ini PCB akan bercerita tentang satu projek kebajikan iaitu " Early Autism Project Malaysia". Harap ada yang sudi luangkan masa untuk membaca serba sedikit tentang projek ini.


Pasti ramai yang masih keliru dan belum tahu apa itu Autism?


Autism ialah satu gangguan yang dialami oleh kanak-kanak di mana kanak-kanak mengalami kesukaran dalam interaksi sosial dan gangguan ini boleh bermula seawal umur 3 tahun lagi. Tiada ubat untuk merawat penyakit ini tetapi terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk membantu kanak-kanak autism dalam kehidupan seharian dan memaksimumkan keupayaan pembelajaran.



Early Autism Project Malaysia


Merupakan satu projek di mana program rawatan diadakan untuk kanak-kanak yang mengalami Autism. Pelbagai aktiviti diadakan seperti friendship group, building conversation group, music class, life skills group dan school readiness group.



Tujuan Projek Early Autism Project Malaysia
  • membantu kanak-kanak Autism untuk mempelajari kemahiran belajar yang cepat agar seiring dengan kanak-kanak normal yang lain
  • membantu ibu bapa kanak-kanak Autism mempelajari kaedah rawatan yang sesuai mengikut persekitaran.


Jadi, PCB harap kalau ada yang berkemampuan, bolehlah membantu Projek ini agar kanak-kanak ini dapat hidup seperti kanak-kanak yang lain. owh ye, Early Autism Project Malaysia akan menganjurkan satu events untuk projek ini iaitu "Annual Walk for Autism"



InsyaAllah, sedikit sebanyak dapat membantu projek ini =)


sebagai tanda sokongan anda terhadap projek ini, anda boleh like page Early Autism Project Malaysia di sini (http://www.facebook.com/eapmalaysia)


untuk maklumat lanjut, boleh rujuk sini =)


14 comments :

Iffah Afeefah said...

Bgus prgrm ni

ank murid aku ade sorg ade cri2 autisme

nga cek ngn doctor

tgk cmne

Awie Omar said...

Terima kasih wan sebab sudi join NTB 2. Anda dah termasuk sbg 16 peserta musim baru ni :D

Siti_btp said...

Sokonglah program ini

Mereka tidak di minta dilahirkan begini..
Masyarakat tolong jangan pulaukan mrk..
Ketiga-tiga anak lelaki akak juga Autisme(Fragile X sydrome)

azalia hjsalleh said...

thanks for sharing this =)

NAL said...

NAL suka program mcm ni..dapat berkongsi

zulhilmi tempoyak said...

dl xtau jugak pasal autism ni smpai kawan buat projek android utk dorang br tau..

btw. jom supprt.. :)

amier_fekhry said...

sokong jgn x sokong... ank murid FIK ada yg autism n deaf lg kesian...

Ezad Skytech said...

baguslah kalau support program2 mcm ni..:D

Rozuan Ismail said...

@Awie Omar sama2. TQ sebab invite

Rozuan Ismail said...

@Siti_btp akak pasti seorg yg tabahkan. sama2 meringankan beban mereka

Rozuan Ismail said...

@azalia hjsalleh kindly welcomed lya

Rozuan Ismail said...

@zulhilmi tempoyak benda2 mcm ni juga penting as kita hidup dalam bermasyarakat

Rozuan Ismail said...

@amier_fekhry 100% support ye =)

amier_fekhry said...

pasti PCB....