Saturday, April 7, 2012

ENTRI AUTOPUBLISH 2 | TIPS PENJAGAAN KAKI


** Ini adalah entri autopublish. Entri ini ditulis terlebih awal daripada tarikh sebenar. Penulis sedang bercuti di kampung. Sekian.



Sejak kebelakangan ini, ramai orang sibuk mementingkan penjagaan diri. Sampaikan ada yang sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk kelihatan lebih cantik dan menarik. Kalau dahulu, penjagaan diri dikaitkan dengan wanita, kini lelaki juga mula sedar akan penjagaan diri untuk kelihatan lebih segak dan bergaya. Namun begitu, dalam penjagaan diri, kaki merupakan aspek yang paling kurang dititikberatkan. Muka dah cantik tapi bila tengok kaki, mak aih, failed!!



Kali ini, PCB ingin tunjukkan tips penjagaan kaki. Moga berguna untuk anda semua.



Sumber: Google



1) Potong kuku dengan kemas dan bersih.


Kebanyakakn orang tidak gemar memotong kuku kaki dan hanya memotong kuku tangan. Kuku kaki penting untuk mengelakkan kuman atau bakteria merebak di kawasan tersebut. potong kuku kaki anda apabila panjang dan potong sehingga ke hujung dan tepi kuku kaki. Hal ini untuk mengelakkan daripada kaki terkena cekam yang boleh menyebabkan hujung kuku kaki bernanah.



2) Pakai kasut yang selesa dan sesuai


Sesetengah orang sanggup memakai kasut yang nampak cantik sedangkan diri mereka tidak selesa memakaki kasut tersebut. Pilih kasut yang sedikit besar untuk memberi ruang udara kepada kaki Apabila kasut terlampau ketat, ini boleh memberikan kecederaan kepada kaki dan menyebabkan kaki melecet. sudah pasti ia menyakitkan. Penggunaan stoking juga dapat mengelakkan daripada kaki melecek kerana kasut yang ketat.



3) Sentiasa membersihkan kaki anda


Cuci kaki anda selalu sebagaiamana anda mencuci wajah anda setiap hari. Kaki merupakan kawasan yang cepat dipenuhi daki dan berbau. rendam kaki anda dalam air suam untuk mencuci kaki dan basuh dengan sabun. Tidak perlu lakukan selalu. Sekurang-kurangnya seminggu sekali sudah mencukupi.



PCB harap tips ini dapat membuka mata anda untuk lebih menjaga kaki anda speerti mana anda menjaga bahagian wajah yang lain.Selamat mencuba..



7 comments :

pena rozie said...

penjagaan kaki penting jugak tau...

azalia hjsalleh said...

nanti ada masa nk rendam kaki dalam air suam untuk mencuci kaki dan basuh dengan sabun

Spudin said...

busuknya kaki ... haha

NAL said...

thanks PCB...rendaman kaki tu NAL pernah buat, rasa segar ja kaki lepas 30 minit rendam..

armouris said...

terjumpa info ni, pasal kaki kasar… sharing is caring :) - Cara Lembutkan Kulit Kaki Dalam 5 - 7 Hari

Rozuan Ismail said...

@armouris TQ for that info =)

Sunah Sakura said...

orang cakap, kalo nak tau orang tu pembersih ke tak, tengok kaki dia...err