Sunday, April 15, 2012

JOM GELAK KETAWA



Selamat malam.



Line internet dekat UKM ni dok buat hal pulak. nasib baik tak melarat sampai esok. sempat jugak nak update entry untok hari ni. oh ye, kali ini PCB share satu cerita lucu yang PCB nampak masa naek komuter nak ke Seremban tadi.



cerita asal dalam English. PCB translate dalam bahasa Melayu.





Seorang suami dan isteri telah bergaduh pada suatu petang dan mereka tidak bercakap langsung antara satu sama lain selepas pergaduhan itu. Si suami itu perlu menaiki kapal terbang atas urusan bisnes pada pagi esoknya.



Jadi, sebelum si suami itu masuk tidur, si suami telah meletakkan sekeping nota di atas bantal si isteri di bilik tidur mereka. " Tolong kejutkan saya esok pada pukul 5 pagi,"



Pada pagi keesokannya, si suami bangun dari tidur dan mendapati dia telah terlepas penerbangannya kerana bengun pada pukul 7 pagi. Dengan perasaan bengang, dia mahu saja marah kepada isteri dia. Namun begitu, dia baru perasan yang isteri dia ada meninggalkan notis dekat bantalnya yang bertulis, " bangun!! sudah pukul 5 pagi.."


haha. kelakar kan. sape suruh gaduh tak nak cakap. kan dah kena. Moral of this story is janganlah asyik bergaduh je laki bini. komunikasi tu penting dalam selesaikan masalah.



p/s 

Pada yang tak pernah naek komuter, ada beberapa tren komuter menampal beberapa lawak jenaka pada dinding komuter sebagai bacaan ringan untuk penumpang. kira nak kasi less stress la. Syabas atas effort ini buat KOMUTER!!


notakakiPCB: hujan + guruh di Bangi petang tadi.



12 comments :

Danial I. Marzuki said...

hahah lawaknya...eh yeke KTM ada wat benda tu, nanti nk kena carik ni..keke

Ayuni said...

hikhik....

whitecappuccino said...

ha'ah! dah baca ni english version!

amier_fekhry said...

hahah... lawak2..

Shafiq said...

hEHEHEHE... Terseyum saya membacanya..:-)

NAL said...

HAHAHA..penat gelak

KiD said...

heheheh.. best gak? lepas tu leh wat segmen teka teki.. hehehehe

ariffin mutalib said...

memang gila bila husband n wife bergaduh

Siti_btp said...

Sedangkan lidah lagi tergigit..
Adik beradik seperut pun bergaduh..
Inikan pula lain perut,lain jantina,hati lain2, ..

Jangan dok gelak je jadikan iktibar!!

J.Syazwana said...

kl pon hujan lebat jugak semalam. huhuhu

Iffah Afeefah said...

hahaha sengal je

even byk kali bace pon stil lawak

Ezad Skytech said...

haha...mmg kelakar la baca entri...hee..

> oh, skrg da ada mcm tu ye? da lama tak naik komuter..hee~