Thursday, April 19, 2012

THE NEW & IMPROVED INCREDIBLE MEALS | DOMINO PIZZA



Selamat tengahari.


sudah lunch? ataupon masih terfikir untuk makan apa for lunch? rasa nak ubah selera sebab bosan makan nasi hari-hari? jom try promotion dari Domino Pizza.


Promotion baru ni nama dia The New & Improved Incredible Meals khas daripada Domino Pizza. PCB pernah try order delivery promotion ni. memang murah dan sangat berbaloi-baloi. tapi tak lah makan selalu. keringlah duit i kann. makan jarang-jarang boleh la ye.






inilah poster promotion ni. Cuba tengok apa kelebihan promotion ni


1) RM10 nett for person

kenapa sorang perlu bayar RM10 sahaja? sebab set yang disediakan adalah memang untuk RM10 seorang. maksudnya kalau kita ada 5 orang, kita boleh pilih set yang RM50 ringgit. tapi ingat, itu belum masuk cukai kerajaan ye. =). tapi kalau kita ni jenis kuat makan, memang bayar lebih le kan .


2) Free Delivery

Domino Pizza memang tak kenakan caj penghantaran. Kalau Pizza Hut ada caj kan, dekat situ kita dah boleh jimat duit kan. lagipon bagus jugak takde caj penghantaran. yang penting servis sama je. dia datang hantar dekat tempat tinggal kita jugak, tak delah depan pintu bilik kan. over je.


3) 30 minutes Delivery Guaranteed

Lepas kita order, kita cuma perlu tunggu 30 minit je. tak de lah lama sangat kan. Yang paling penting, kalau mereka lambat lebih 30 minit, kita boleh mintak kupon pizza free. best kan. so, bila kita nak order lagi next time, kita boleh dapat satu pizza regular freee guna kupon tuh.



Jadi tunggu apa lagi, boleh try promotion ni. sekali sekala tukar selera apa salahnya kan, jangan selalu nanti kering poket. hik hik.



notakakiPCB : 

#1 mouse rosak le plak. tension tol =(.nak wat keje pon susah.

#2 KFC pon ada buat promotion 50% jugak. berbaloi2.


14 comments :

Sunah Sakura said...

rajennya wan pi promote... =.=

J.Syazwana said...

best2. aku dah la peminat tegar dominos pizza. hehehehe

NAL said...

semuanya berbaloi untuk kita cuba.

Azwa Azee said...

I try it last weeknd. Mmg berbaloi.

Ryu on ahsfantasy24.com said...

alahai bila KB nak ada domino ni ;D

azalia hjsalleh said...

haish lapar plak rasa
dh la tgh diet ni
adoi

btw PCB tanya font yg mana ye?
utk sub title or header tu ?

azalia hjsalleh said...

droid serif font 14

Ezad Skytech said...

berbaloi untuk try ni...sesekali bolhe la..tapi kalau selalu bankrap la kan...hee~

iPai said...

wahhh @_@ murahnya !!!!!!!!

sagat murah tuh kalau sampai dapat 2 pizza .. menarik !!

mintak simpankn 1 .. hehehe

Rozuan Ismail said...

@Sunah Sakura manalah taw kot2 dapat pizza free.hehe

Rozuan Ismail said...

@azalia hjsalleh dugaan tu lya. teruskan berdiet.hoho

Rozuan Ismail said...

@Ezad Skytech jrg2 boleh, kalau selalu kering poket.hik hik

Rozuan Ismail said...

@iPai jom order sama2.hehe

KiD said...

humang aihhh... banyaknya party untuk pizza nih