Saturday, May 5, 2012

BUDAK SEKARANG MAKIN LAMA MAKIN KECIK



Assalamualaikum semua.


you guys ada perasan something tak. budak budak zaman sekarang makin lama makin kecik. Kalau budak tingkatan satu zaman 80-90 an dulu, kebanyakannya nampak matang, badan dah besar, kira sesuailah fizikal diorang jika mahu digelar budak tingkatan satu. Tapi, zaman sekarang ni, kebanyakan budak tingkatan satu, alahai keciknya. sekali pandang macam budak sekolah rendah je.




Kanak-kanak.. generasi masa hadapan..



Ini sama sekali bukan entri nak kutuk ke apa. Tapi, PCB terfikir yang manusia sekarang ni berevolusi atau beradaptasi dengan persekitaran. Kalau tengok adik-adik zaman sekarang nak masuk darjah satu, rasa macam baru kanak-kanak umur 3-4 tahun lagi. rasa macam takot sangat nak lepaskan diorang belajar di luar pengawalan mak bapak.



Tapi, fizikal langsung tak beri kesan pada minda. kecik atau kurang matang tak semestinya tak bijak. Budak zaman sekarang walau fizikal kecik tapi lebih bijak daripada budak zaman dulu. dah update pasal teknologi, tahu macam-macam sampai itu yang merisaukan mak bapak.


PCB yakin korang pon perasan kan benda macam ni. yang penting trend zaman sekarang ni nama bukan kemain nak panjang. Kalau Muhammad, belakang mesti at least dua nama. contoh macam muhammad daniel haikal. budak zaman dulu nama pendek-pendek je.hik hik. mungkin trend kot nama panjang-panjang. baru anak jadi komersil sikit. eyh. macam buat bisnes nama anak plak kann.


Sebelum PCB merapu lebih jauh, tinggalkan komen atau pandangan anda tentang isu ini. TQ.


notakakiPCB : # Filem Battleship lebih best daripada The Avengers


12 comments :

whitecappuccino said...

betul tu..kat sekolah, bila tengok budak tg 1 lalu depan kelas form 5 yg kita sedang ajar, berenti ngajar sekejap sebab duk tengok ramai juga yg kecil2 sangat macam budak darjah satu. tapu yg kecil2 ni kebanyakannya datang dari keluarga yg susah (majoriti di sekolah kami)

NAL said...

betul. NAL memang lama dah perasan benda ni. masa NAL form 3, student2 form 1 merupakan batch pertama la budak2 berbadan kecik ni & masa NAL upper 6 (2011), budak2 form 1, 2 & 3 susah nak dibezakan sebab semuanya kecik2 mcm budak2 sek rendah jer.

Shafiq said...

Saya perasan jugak. Dulu masa saya tingkatan 5, tengok budak-budak Tingkatan 1 yang baru masuk, alahai, comel-comel je.. hehehe. Ha, pasal nama panjang-panjang pun satu hal. :-)

Kasih Salina said...

mungkin betol jugak..umat dah akhir zaman..

Eyriqazz said...

makin kecik tapi makin pandai..pening nak layan kerenah anak2 yang semakin bergeliga...

sweet gambar tu, bro amik mana?

Rayyan Haries said...

Hey, 1st time here! :D

dulu time study selalu gak masuk school sebab ambik edu kan..budak2 skrang a lil smaller..

Azwa Azee said...

Well, maybe cara pemakanan? who knows? hehehe.. saya ada nephew gak. darjah 5 and dia agak kecik. macam budak darjah 1

AkmaFaizal said...

dah lama tak tgk budak2 sekolah besar ke kecik tak pasanla plak. tgk anak je yg makin membesar..haha..bersesuaianlah ngan zaman skang yg makin ramai manusia kat muka bumi ni, kalau manusia masih besar2 cam dolu2..sempitlah dunia ni..hehe agak2 je tu.. :)

mie said...

fuh!!
xperasan la pula...
yang penting boleh berfikir..
eheheheh

Munirah Shamsudin said...

Entri yg boleh diterima.


Betullah tu.

FEDO said...

erm... tetapi ada juga lah yang besau... APa sebab ar.. peredaran zaman? hihihiih

Awie Omar said...

aku pilih entri ni lah :)