Wednesday, May 9, 2012

BUKAN NILAI WANG YANG DIUKUR



Assalamualaikum dan selamat petang.


baca berita Harian Online tadi, nampak wajah gembira peneroka FELDA yang bakal menerima durian runtuh. Mungkin wang yang diterima tidaklah sebesar mana, berbanding dengan usaha dan peluh keringat yang digunakan sewaktu generasi pertama membuka kawasan FELDA daripada satu kawasan hutan yang besar dengan kurang kemudahan seperti bekalan air dan elektrik. Namun, wang itu sedikit sebanyak menceriakan mereka yang rata-ratanya berpendapatan sederhana.



Durian runtuh yang diumumkan adalah satu nikmat buat mereka.



Mungkin bagi golongan kaya, wang itu langsung tidak dipandang kerana setakat beberapa ribu, petik jari terus dapat. Mungkin anak daripada ibu bapa yang berpendapatan tinggi langsung tidak mengerti keperitan untuk mendapatkan wang kerana segalanya sudah tersedia. Tapi berbeza dengan golongan miskin dan sederhana yang terpaksa mengerah keringat demi menyara keluarga dan berkongsi wang itu dengan adik beradik yang lain.



Bukan entri di sini ingin perkecilkan anak orang kaya atau golongan orang kaya, jauh sama sekali tidak. Cuma ingin menyatakan bahawa betapa bernilainya wang tersebut di mata mereka yang kurang berada walaupun nilainya tidaklah seberapa. Setakat beribu-ribu tuh, apa saja yang boleh digunakan untuk zaman sekarang ni. semuanya mahal dan sekejap sahaja sudah habis.



Jadi, sama-samalah kita hargai apa yang dikurniakan oleh Tuhan. Bukan kita minta kita dilahirkan untuk jadi anak orang kaya atau miskin, itu semua sudah tertulis. Bila kita miskin, jangan kita nak salahkan ibu bapa kita. Mereka sudah lakukan yang terbaik dan mungkin ada hikmah daripada apa yang berlaku. Bila kita kaya, jangan sesekali memperlekehkan orang lain yang tidak senasib dengan kita.



Secara kesimpulannya, harta ini semua sementara. hargai harta yang diberikan tuh. jangan membazir tak tentu hala. Jangan bongkak dengan kemampuan kita kerana Tuhan bisa menarik sekelip mata sahaja.



p/s dapat tugasan untuk dinner course. I need creative ideas =)

1) Jangan lupa like Page Facebook Twisties Malaysia. Bermacam-macam aktiviti menarik menanti anda. 



2) Anda berpeluang ke London dengan Samsung. Hanya perlukan kamera.

9 comments :

Sharidawati Shahrudin said...

tahniah buat pengusaha Felda. durian runtuh buat mereka. thanks to Kerajaan yg prihatin...

Shafiq said...

Betul tu.. saya setuju dengan pendapat PCB.. :-)

Syakilla kebebeh said...

alhamdullilah...rezai mereka..:D

NAL said...

semua tu rezeki mereka :)

eyjalukman said...

yup,harta ini sementara . kdg2 kn pelik taw ad org yg tk bersyukur da dpt rezeki tu. Allah nk menduga kita samada kita ni bersyukur ke tk dgn rezeki yg diberikan :)

deno said...

alhamdulillah rezeki... :)

Denaihati said...

rezeki berganda utk peneroka felda selepas bekerja keras berpuluh tahun.

amier_fekhry said...

alhmdulilah keluarga Fik pun dapat walaupun ayah Fik kn kongsi dgn adik beradik lain... tq2.. hihihi

NAL said...

dengar kata lepas ni mereka tak boleh tuntut duit lagi sebab pokok2 akan ditebang dan tanam semula.