Thursday, May 10, 2012

CINTA PCB TERHADAP HUTAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


untuk yang belum lagi tahu, PCB kini sedang join games ala-ala survival yang dianjurkan oleh blogger Awie Omar. dan kali ini dah masuk tugasan imuniti kedua =).



Untuk tugasan imuniti yang pertama minggu lalu, PCB mendapat tempat ke 5 daripada 16 peserta. Satu permulaan yang baik dan PCB harap PCB akan terus maintain dalam this game sebab sangat mencabar dan memerlukan PCB create entry yang lebih berkualiti =).



Untuk task for tugasan imuniti kedua kali ini, PCB perlu talk something about Forest atau Hutan.



Ini gambar waktu PCb dengan peserta Ekspedisi ke Gunung Chamah. cuba cari mana PCB =)



1) Pernah masuk hutan? (nyatakan tempat tersebut)


Sebagai seorang student biologi pengkhususan tumbuhan, Hutan adalah merupakan jiwa saya. Sudah tentu hutan adalah tempat yang perlu saya kaji untuk lihat kepelbagaian spesies yang ada didalamnya. Selain itu, saya gemar masuk hutan sebab mencabar dan ketenangan memang ada di sana. Antara hutan yang saya pernah masuk seperti Hutan pergunungan di Gunung Chamah, Kelantan (sewaktu melakukan tesis), Hutan di Gunung Arong Mersing, Johor, Hutan di Gunung Angsi, Negeri Sembilan, Hutan di Bukit Fraser, Pahang dan banyak lagi.




2) Kenapa masuk hutan waktu tersebut?
  • mencari sampel untuk penyelidikan tesis
  • salah satu aktiviti untuk kontinjen sukan sewaktu zaman Matrikulasi
  • salah satu keperluan dalam subjek yang diambil



3) Nyatakan satu perkara yang paling best bila berada di dalam hutan
Secara jujur, ketenangan adalah perkara yang paling berharga yang sukar didapati di kawasan kediaman mahupun tempat pembelajaran. Lebih-lebih lagi bila bertemu anak sungai di dalam hutan ditambah dengan bunyi burung, memang cukup menenangkan jiwa


4) Nyatakan satu perkara yang paling tak best bila berada di dalam hutan
Tidak dapat menggunakan henfon kerana sesetengah hutan yang terpencil tiada coverage, kalau ada coverage pon perlu jimat bateri kerana dalam hutan, mana ada tempat nak caj fon kan =)


5) Beri satu nasihat ketika berada di dalam hutan.
Mulut jangan celupar. jangan suka cakap besar.


6) Nyatakan satu perkara yang dilarang dibuat ketika di dalam hutan?
Jangan tegur bila melihat sesuatu yang pelik.


7) Nyatakan satu haiwan yang ada di dalam hutan Malaysia?
Gajah


8) Filem berkaitan hutan yang anda suka
The Hunger Games


9) Apa pentingnya hutan kepada anda?
Hutan mempunyai banyak kepentingan dari segi nilai estetika, sumber ekonomi, sumber ekologi dan banyak lagi.


10) Pilih satu barang yang perlu di bawa masuk ke dalam hutan?
saje nak jawab balik. makanan. =)



ok guys, dah settle tugas imunti kedua PCB. terima kasih kerana sudi baca. kalau you guys nak tahu some info tentang pantang larang kat hutan, boleh refer sini .


p/s harap2 dapat imuniti.doakan buat PCB ok =)


11 comments :

Ley Rashid said...

all the best

[PCL] said...

wah pantas pcb...pcl kontang idea nih..gd luck!

deno said...

dah lama deno tak masuk hutan sejak sakit. ni... good luck PCB! :)

Shafiq said...

semoga berjaya.. :-)

KiD said...

waahhhh.. seronoknya masuk hutan...

KiD said...

@[PCL] PCB memang pantas!

Ezad Skytech said...

wahhh...banyak pengalaman masuk hutan ni...

> all the best ye wan..:D

Awie Omar said...

TERIMA KASIH buat tugasan ni :D
tak ramai yang buat tugasan kali ni tapi yang buat semuanya best2 pening lak nak pilih.

! Arjunakirana ! said...

Arghhhhhh!!!!!

amier_fekhry said...

dah lama x msuk hutan... skrg duk bndar jrg nmpk hutan.. miss that..

NAL said...

all the best..NAL suka juga trekking ni =)