Friday, May 18, 2012

JANGAN JADI BLOGGER GILA FOLLOWER | MENULIS BIAR IKHLAS



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Maaf PCB pohon dari hujung rambut terpacak ni sehingga hujung ibu kaki yang dah berminggu tak dipotong ni. SIBUK! perkataan yang paling sesuai digambarkan buat masa ni. ini pon curi-curi masa untuk menulis demi pembaca yang setia =). benar kata orang, ingat LIMA perkara sbeelum tibanya 5 perkara. salah satunya ingat masa lapang sebelum tiba masa sibuk!! .. sekadar tazkirah untok diri sendiri dan rakan-rakan.



Kali ini PCB nak bawa satu isu yang PCB yakin ada yang setuju dan ada yang membangkang. Tapi, yang pasti PCB kurang berkenan. kira lebih tak berkenan iaitu pasal isu blogger gila follower.


cuba renungkan beberapa situasi di bawah..



" I follow your blog, you follow blog i jugak taw!!"

" kalau u follow blog i, i klik iklan Nuffnang u.."

" best kot follower blog ramai, baru femes, jomlah kita sama-sama follow blog.."



Mungkin sesetengah individu itu cara mereka. Tapi, PCB sangat tak berkenan. Jangan paksa orang untuk follow blog kita. Biarlah ikhlas dari hati mereka untuk follow blog kita. Walaupun follower blog kita sedikit, tapi jika yang follow tu benar-benar suka blog kita, InsyaAllah kita akan dapat pembaca yang setia.


ikhlas dalam menulis.



Biarlah orang menilai kita dari sudut penulisan kita. Biarlah orang menilai kita dari sudut cara kita mengekspresikan sesuatu dengan cara yang menarik. Bukannya dengan melihat berapa ramai follower yang kita ada. Maaf kalau PCB ingin katakan. kadang-kadang ada blogger yang baru berkecimpung terikut-terikut dengan blogger yang sudah ada jenama atau nama sendiri.



Pernah tak korang tanya mereka, apa yang mereka buat sehingga mereka di tahap seperti itu? pernah tak korang tanya berapa tinggi usaha mereka sehingga mencapai tahap tersebut? Semua blogger bermula dari bawah. merangkak dengan sendiri dan sentiasa try an error. pelbagai strategi digunakan untuk memikat hati pembaca. semuanya bukan dalam masa yang singkat. perlukan masa yang lama. 



Kalau nak jadi femes dalam masa yang singkat, tak payah berangan nak jadi blogger. seriously cakap. blogger is not a world of publicity or popularity. blog adalah tempat di mana orang mengekspresikan apa yang mereka rasa melalui penulisan. Jika kita dikenali, itu bonus. jika kita kurang dikenali, teruskan dengan penulisan kita. Blogger yang menulis kerana minat tidak akan rasa bosan untuk terus menulis. Blogger yang hanya inginkan popular akan berasa bosan untuk menulis dan tidak tahan lama.



Maaf jika PCB agak terkasar bahasa. sekadar berkongsi pandangan dan terkilan dengan fenomena blogger zaman kini. PCB pasti masih ramai blogger yang memang gemar menulis kerana passion, determination dan minat, dan bukannya untuk popular.



p/s semoga sama-sama kita muhasabah diri. terima kasih kerana membaca entri ini.



21 comments :

Ryu on ahsfantasy24.com said...

Sokong, tulis biar ikhlas.
Follow pun biar ikhlas, tak boleh
memaksa dan dipaksa, not nice :)

Anak Ulu Cheka said...

setuju2 :)

Udinz.com said...

tapi nuffnang kalau nk bagi BE dia tengok follower dulu..hehe

Iffah Afeefah said...

Aku gila trafik

bole x

Nora Karim said...

@Udinz.com
eh ye ke? tak pernah pulak dgr pasal Nuffnang tgk follower kalau nak bg BE... sebab saya ada 2 blog... satu followernya ramai.. satu lagi followernya sikit... tapi yg selalu dpt BE adalah blog yg sikit follower tu...

Nora Karim said...

Saya setuju dengan apa yang ditulis... menulis kena ikhlas... biar follower pun ikhlas nak follow...

THE LEKAT LEKIT STORY said...

setuju dgn entri ni.. kejar follower alih2.. blog makin lama makin takde motif. Berblog semata2 terbeliak biji mata bila baca kat paper Redmummy dapat ribu riban.. padahal dia x pernah tanya redmummy pun mcm mana dia blh dpt camtu. Takde jalan pintas kalau nk berjaya & di kenali.. setakat i follow u & please follow me back baik gi baca buku sejarah je. Untung2 dpt ilmu

ecadwinkyasha said...

sgt setuju dgn entry PCB ne....xpyh la nak giler follower kan?...klu entry semua copypaste je.......

Ayuni said...

hm, hikhik, blog sye lagilah, dlm English, ader nk masuk ke....just blog untuk improve writing je...

NAL said...

setuju sgt ^^

Shukri Mohd Ali said...

blog dah tak ada nilai artistik dan estetika. phuiiii.

Bean Moreno said...

susah nak cakap pasal benda ni...sebab kadang-kadang sebab mereka tak faham konsep ataupun itu kepuasan mereka ;)

Shafiq said...

setuju sangat dengan PCB.. :-)

Sunah Sakura said...

yup, betul2...blog tempat akak meluahkan rasa bila akak rasa nak luahkan....kalo dulu memang terkejar2 setiap hari nak update, tapi skang ikut masa lapang je...rasa lebih releks dan tak tertekan..hehehe...

p/s: sila potong kuku jari kaki

Tukang Kayu said...

Hmm... bagi saya, Follower adalah salah satu pendorong untuk terus menulis. Sebab kadang kala saya terfikir jika langsung tidak ada follower, seolah-olah kita menulis syok sendiri. Lama-kelamaan ia akan menjadikan penulis patah semangat untuk menulis.

"Hmm, aku tulis panjang-panjang pun, bukan ada orang baca"

Tidak hairan jika blogger meletakkan perkataan "Tinggal Jejak" di atas shoutbox atau visitor stats. Tidak lain tidak bukan untuk mengetahui blog itu dikunjungi orang. Dan menjadi pendorong untuk terus menulis.

Maybe kita boleh assume adanya silent reader. Tetapi itulah, kita manusia, mahu sesuatu yang kita nampak.

eqbalzack said...

Menulis dari hati...nnt followers dtg la singgah. hehe

amier_fekhry said...

Fik tls dr hati lagi2 blog macam diari jer... cuma yg secret2 x bgtaulah.. hihihi

Mujahid said...

Betul PCB. apa ada pd follower, kalau datang cuma sekali seumur hidup. yang sekali tu pun masa dia datang suh kita follow di semula.. apa da~ apa2 pun, betul kata kamu. kalau penulisan kita dapat tambat hati pembaca, tak PING entry pun orang tetap nak jengah entri kita sentiasa.. :)
Perasmian Kawasaki MX World CBK Motor Spot

deno said...

yup3!! setuju sgt2!! :)

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Setuju sgt. Nice entri. :)

Anisa Anuar said...

tahu tak pe...tp sejak join segmen tu la jd kes u follow, i follow back