Wednesday, May 23, 2012

SAMA-SAMA BANTU KELUARGA BLOGGER AMMAR



Assalamualaikum.


PCB rasa sedih apabila membaca nasib yang menimpa keluarga seorang blogger yang pasti ramai sudah kenal iaitu Ammar.



Menurut daripada entri asal yang ditulis oleh Ammar sendiri, rumah beliau yang terletak di Dungun, Terengganu telah hangus dijilat api kelmarin. Alhamdulillah kerana kesemua keluarganya yang lain selamat daripada kebakaran tersebut.



Untuk pengetahuan anda, Ammar merupakan anak sulong daripada 10 orang adik beradik yang kebanyakannya masih kecil dan bersekolah. Jadi, kejadian yang berlaku sedikit sebanyak memberi kesan kepada adik-adik dan ibu bapa Ammar. Menurut sumber juga, rumah Ammar 100% hangus dijilat api.



untuk cerita sebenar, boleh rujuk entri Ammar di sini


keluarga blogger Ammar. Sumber: BlogAmmar


Jadi, kesempatan ini, PCB dengan rasa rendah diri ingin meminta sumbangan ikhlas daripada semua pihak termasuk pembaca yang budiman untuk membantu seikhlas yang mungkin. Diharap agar sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu keluarga Ammar untuk menjalani kehidupan seperti biasa.



Sebarang bantuan boleh disalurkan kepada:


CIMB BANK: 13040077370526 (Ammar Yasir Bin Che Hassan)
Maybank: 163082138960 (Ammar Yasir Bin Che Hassan)

PCB sedikit terharu bila mengetahui adik Ammar akan menyambung pelajaran ke sebuah kolej tidak lama lagi. Namun segala kelengkapan sudah hangus dijilat api. Semoga keluarga Ammar tabah dengan apa yang berlaku.

p/s Terima kasih kerana sudi memberi sumbangan yang ikhlas.

8 comments :

azalia hjsalleh said...

moga dia tabah menerima ujian dari-Nya

Ardini Izzati said...

Semoga Ammar kuat semangat menghadapi dugaan Allah ini :)

Mak Lagenda said...

Moga semakin ramai yg sudi membantu ammar dgn bantuan dr PCB nih.

Nih la namanya berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Tak dpt membantu wang ringgit, membantu dgn cara begini juga dikira membantu.

Denaihati said...

sama2 kita membantu keluarga blogger amar. juga semoga keluarganya banykan bersbar dgn ujianNya

Eera Shera said...

kesiannye..moga tabah dgn musibah yg menimpa

KiD said...

moga dapat dipanjangkan dan ada syarikat korporat yang tampil membantu..

Iffah Afeefah said...

Sian ammr kn
hurmm

deno said...

deno sedih sgt dengan kejadian yg menimpa ammar.. time deno sakit ammar pun selalu melawat deno kat hospital.. deno berdoa agar ammar tabah dalam menghadapi ujian allah...