Sunday, May 13, 2012

TIPS BUATKAN IBU SAYANG



semalam tak update blog dan malam ni baru berkesempatan untok update. Baru balik dari Kem Motivasi untuk pelajar SPM SMK Chemomoi dekat Felda Chemomoi, Triang Pahang. seriously best sangat dan banyak dapat pengalaman baru bersama adik-adik. PCB memang minat kem motivasi macam ni cuma tak pernah berkesempatan dan asyik sibok. kihkih. statement nak hebat je.nanti-nantilah PCB cerita pasal kem motivasi tuh.



Hari ini hari ibu. sekarang ni pulak ada sesetengah pihak kata hari ibu tu haram. tapi, PCB anggap sambutan hari ibu sebagai tanda menghargai ibu. memanglah ibu wajib dihargai setiap masa,tapi, adakah dalam kalangan kita sentiasa ingat setiap masa ibu kita? At least, ini sebagai tanda kita menghargai mereka. Tidak berniat langsung untuk memuja sesiapa.



my super lovely mom =)



Sempena hari ibu, PCB nak berikan beberapa tips untuk buatkan ibu sentiasa sayang pada kita.



1) dengar kata ibu

Segala kata-kata dan nasihat yang ibu berikan adalah yang terbaik. Ibu tahu apa yang terbaik untuk kita. Bila kita dengar kata ibu, tuhan pon sayang kita. Jangan bangkang bila ibu nasihatkan kita. kalau ada yang kita rasa bercanggah, cakap cara elok dengan ibu kita.



2) sentiasa berdoa untuk ibu

Panjatkan doa pada yang Maha Esa kerana Dia punya kuasa untuk membuatkan ibu sentiasa sayang pada kita. Sejuk hati ibu bila tahu akan anaknya yang sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk dirinya.



3) menolong ibu membuat kerja

walaupun kerja itu hanyalah sekadar menyapu lantai rumah atapun menyiram pokok bunga, tapi perbuatan membantu ibu dalam melakukan kerja tuh amatlah disenangi. Ibu tidak pernah merungut dalam melakukan kerja seharian untuk kita dari awal pagi sehingga larut malam. Apa salahnya kita membantu mereka, sekurang-kurangnya dapat mengeratkan lagi hubungan anak dan ibu.



4) berilah pujian ataupun hadiah untuk ibu

Jika kita tidak mampu untuk memberi hadiah, berilah kata-kata pujian yang ikhlas dari hati buat ibu kita. Contoh, "Ibu nampak cantik hari ini.." atau " Ibu kalau senyum lagi manis dari Datuk Siti.." Kadang-kadang pujian itu membuatkan ibu rasa senang hati dan ketawa. Besar ganjarannya kalau kita buatkan hati ibu gembira. Jika kita mampu, belilah hadiah untuk mereka sebagai tanda kasih dan sayang kita pada mereka.



rasanya banyak lagi tips yang ingin dikongsi. Pada semua pembaca, jika ada sebarang tips berkaitan bolehlah kita share sama-sama di ruangan komen. Pada semua ibu-ibu, selamat hari ibu. Semoga hidupmu sentiasa diberkati Allah SWT sepanjang masa.Amin.


p/s penat sunggoh. tapi seronok makan free.hikhik

12 comments :

Fadzmie Mohamad said...

Tips yang memang terbaik. Selamat Hari Ibu untuk semua ibu di dunia ini. ;)

Ryu on ahsfantasy24.com said...

sayangi dan harigai mereka,
selagi mereka ada :)

..cik gugu.. said...

jgn berkata "ahhhhh" kpd mereka . haha epy mother's day :)

Mak Lagenda said...

Wah..wah..wah,..siap ada tips lagik yeh?? Mesti wan ni anak kesayangan ibu wan kan??

Hihihi

Sharidawati Shahrudin said...

alahaiiii untung nya ada anak gini..... :)

Nurul Akmal said...

Nurul syg Ma nurul.. Selamat hari ibu sedunia.. ;)

Denaihati said...

semasa hayat ibu,semoga kita berbaktilah sebanyak mungkin.

shafiq said...

waaa , sweet , hehe .

hazman aka species1980 said...

betul tu wan... kekadang mak kita bukan nak hadiah hebat sangat... dapat perhatian dari anak-anaknya pun dah memadai... lebih kepada kasih sayang...

amier_fekhry said...

rindunya kat mak.. mak sgt special kpd kita hargailah mereka selagi mereka masih ada....

NAL said...

sweet je..hargailah ibu kita sepanjang hayatnya =)

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Saya sayang mama saya! :')