Tuesday, June 19, 2012

ENTRI KHAS UNTUK KAMU =)


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kamu semua =)




Entri kali ini berbaur cinta. jadi pada yang tak gemar atau fobia dengan cinta, boleh pangkah pada tanda 'X' pada laptop anda =). 




A red rose, only for you =)






Awak,
hye untuk awak..
awak mesti pelikkan? tetiber je kita muncul pada timeline awak..
siap mengorat awak lagi kan..
siapa sangka sesi mengorat kita dulu-dulu, boleh bawak kebahagiaan sampai hari ini.




Awak selalu tanya saya,
kenapa saya pilih awak?
berjam-jam sampai peluh saya berfikir untuk bagi jawapan..
kalau saya kata jodoh, macam ayat cover line pulak..
Tapi sebenarnya wajah awaklah buat saya cair
bila pertama kali saya lihat awak.




Saya tak perlukan wajah yang make up tebal untuk menarik perhatian saya
Saya tak perlukan wajah yang gebu untuk memikat hati saya
Saya hanya perlukan wajah semulajadi yang asalnya memang begitu




Saya bertuah kerana memiliki awak
Awak sentiasa mengingatkan saya pada-Nya
Awak sentiasa memberi semangat di kala saya lemah
Awak membuatkan saya ketawa dengan sifat merajuk awak itu
Awak membuatkan hati saya yang selama ini kosong, kembali tenang..




Saya tidak pernah merasakan awak beban bagi saya,
malah saya yang berhutang budi pada awak,
kerana awak telah menceriakan hidup saya.
Kerana awak, saya belajar memujuk
Kerana awak, saya belajar apa itu cinta sejati
Kerana awak, saya mula mengenali diri sendiri.




Doa saya untuk awak,
andai kita adalah jodoh, saya akan berjanji untuk membahagiakan awak
dan berharap agar kita kekal hingga ke syurga.
Andai saya bukan jodoh awak, saya berharap agar awak bahagia sepanjang hidup awak
dan jangan lupa saya di sini.




PCB bukan seorang penyajak. ini pon pakai hentam je. oh ye lagi satu, sajak ini saja nak bagi bangkit rasa cinta hari ini. tak de kaitan pon dengan PCB =). Ada sape-sape nak pinang saya? huhu..




p/s Alhamdulillah dah settle VIVA tesis. tinggal edit dan Jilid =)

18 comments :

Sharidawati Shahrudin said...

phewittttttt. jiwang gitu..hehehe

Alieza Dayasari said...

ermmmm saya baru nk merangka buat laporan tesis ni... viva bulan sep nnt... wish me luck ... haaaaaaaaaaaa

hairy said...

wahhhhh

nur_za said...

gila lah sweet punya entry..sy2..sy rasa mcm nak pinang awak je..agk2 bpe ye hntrn..2 kupang ada.hehe
lalalal

Hans Mohd said...

best la ayat2 tu...

qasehraihan said...

ehem ehem...

ahsfantasy24 said...

wah3..
hehe selamat mengedit,
sediakan wang secukupnya utk mnjilid ;D

ahsfantasy24 said...

wah3..
hehe selamat mengedit,
sediakan wang secukupnya utk mnjilid ;D

Iffah Afeefah said...

xsaba nk abis blja la tu kan

siap cinte2 bagai

hazman aka species1980 said...

demo lo tak supo mulo.... sebak lo ni asyik jiwo2x....haahhahaha

nana kamarul said...

THIS IS BEYOND SWEEET!!!!!! The end :D

Rokiah Wandah said...

wah mesti terharu si dia ! :)

Rokiah Wandah said...

wah mesti terharu si dia ! :)

deno said...

jiwang betul nie... hihi:p

kiera'sakura said...

akak bru nk kata.. wahhhhhh trus selop bila dh baca smpi abis...

Momo said...

wewit..kirim salam la kat awak..hehe..

NAL said...

pandai betul PCB cipta puisi..NAL boleh reka pantun n sajak je :)

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Kalau nak rose yg real punya,boleh tak ? :)