Monday, June 4, 2012

KITA MERANCANG, TUHAN TENTUKAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pernah tak kita terfikir, kenapa kadang-kadang apa yang kita rancang, tidak menjadi kenyataan? punyalah plan sehabis baik, teliti dan nearly perfect, tapi akhirnya gagal. Jawapannya adalah kerana Allah yang menentukan segalanya dan kita kena yakin Dialah sebaik perancang.


Kadang-kadang rancangan kita itu secara zahirnya nampak sempurna, tapi kita tidak mampu expect apa yang akan berlaku pada masa hadapan hasil daripada rancangan tersebut. Sebab itulah, Allah menyediakan rancangan yang paling baik untuk kita. Kita sebagai hambaNya perlu redha dan tawakkal dengan ketentuan Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara tanpa sebab.





Sebagai contoh yang mudah, pasangan A ini sudah mengenali satu sama lain hampir 10 tahun. Mereka sudah plan untuk berumah tangga dan pada hari perkahwinan, pengantin lelaki accident dan meninggal dunia. Ada hikmah tentang apa yang berlaku. Mungkin Allah ingin memberikan perempuan itu jodoh yang lebih baik dan mungkin saja mereka bukanlah jodoh yang sebenar. Hanya Allah yang tahu.


Jadi, kita hanya merancang, tetapi kita perlu serahkan kepada Allah SWT. Dia yang menetukan segala apa yang berlaku. Terima dengan hati yang terbuka. InsyaAllah pasti ada jalan yang lebih baik untuk kita.



p/s hari ni nak promote banyak sikit link iklan ye.ok je kan


# Demam EURO 2012 kembali lagi. Dapatkan update terkini di Stadium Astro (klik sini) . 
# Nasihat bapanya menjadi sumber inspirasi untuk dia berubah. (klik sini )
# Dapatkan kereta hibrid dari Honda, jimat petrol dan mesra alam sekitar (klik sini).
# Inilah peluang anda untuk melihat race MotoGP di Sepanyol (klik sini ).
# Menangi wang tunai daripada Biskut Julies (klik sini ).

12 comments :

Iffah Afeefah said...

ye rancangla cmne pon

kalo Allah tak izinkan

xdpt jugak

aidajusoh said...

Allah tahu apa yg terbaik utk kita

cik najihah said...

kite dah berusaha..yg selebihnya serahkan kepada Allah

Shafiq said...

Betul tu.. Macam mana teliti sekalipun perancangan kita, Allah yang akan tentukan lancar ke tidak. :-)

Ayuni said...

betul....

KiD said...

sekarang kita hanya merancang mengikut aturan dan usaha.. selebihny adalah dari Allah.. kan?

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

DIA adalah perancang TERBAIK !!!

azalia hjsalleh said...

contoh yg PCB bg tu terlalu sedih.. menyentuh perasaan saya..

deno said...

ya.. kita hanya merancang tapi allah menentukan segalanya... macam kejadian menimpa deno ketika deno sakit tahun lepas.. time tu deno memang duk dalam wad dah sebulan.. mmg plan nak amik final exam di hospital.. hari yg dijanjikan deno amik exam, deno masuk ICU dan tak dpt amik exam tu... benarlah, kita hanya rancang.. tuhan yg tentukan..

hazman aka species1980 said...

Betul tue ... setelah segala usaha yang kita lakukan .... tawakal dan redha tu mesti ada...

Sharidawati Shahrudin said...

usaha dan bertawakal lah.

jgn lupa berdoa kpd Allah.

utk renungan wan dan kak sha juga...

Sam Bredariol said...

inshaAllah..semua jodoh tu semua Allah dah tentukan..kalau bukan dekat dunia dekat akhirat nanti mesti ada..Allah menjanjikan bidadari syurga utk lelaki yg soleh..

p/s: eh..mcm lari topik je komen aku ni.. ~__~