Saturday, June 2, 2012

MISTERI KAIN PUTIH MELAYANG-LAYANG DI DALAM HUTAN



Salam Sabtu you guys.




Seperti biasa, minggu ini PCB ada tugasan imuniti untuk diselesaikan. Alhamdulillah, sudah minggu ke 6, PCB masih bertahan. tinggal lagi 12 peserta untuk berentap dalam Next Top Blogger 2. Alhamdulillah syukur, minggu lepas PCB berada pada ranking ke 3. masih tidak dapat imuniti. harap-harap rezeki ada lepas ni =).




Let's back to the task.




inilah task dia kali ni..susahkan.. owh, I'm not good in imagine something =(


I will use "aku" in this short story to make it is more realistic..

Aku sesat di dalam hutan. bersendirian. Aku sangat menyesal kerana tidak mendengar kata-kata ahli kumpulanku yang lain.. teringat kembali ayat-ayat amaran yang diberikan kepada kami sebelum memasuki hutan..


" Jangan jalan sorang-sorang. pastikan rakan anda dekat dengan anda.. lagi satu, mulut jangan celupar sangat, ini bukan tempat kita!!"


Aku bersandar pada pokok. Penat aku menjerit nama mereka semua. Namun, hampa. tiada seorang pon menyahut. Argh, aku pasti, mereka sudah jauh daripada lokasi aku sekarang ini. Aku buka beg sandangku dengan harapan masih ada bekalan makanan dan minuman untukku. Argh, hampa =(. Aku hampir terlupa makanan di simpan di dalam satu beg salah seorang ahli kumpulanku yang lain..


Mujurlah ada anak sungai kecil yang mengalir berhampiran. Lantas, terus aku ambil sedikit air bagi membasahkan tekak. Teringat lagi pesan arwah nenek, air di gunung itu bersih dan tak perlu direbus sebelum diminum. Kata-kata nenek tetap terpahat dalam hati. Lapar? memang!! aku perlu cari sumber makanan. Teringat kata-kata ustaz dahulu, apabila dalam keadaan darurat, boleh sahaja makan apa-apa. Mujurlah tuhan membantu, ada seekor tenggiling lalu berhampiran.terus ku ambil kayu yang siap ditoreh tajam terus ku panahkan pada tenggiling itu.. " Tenggiling bakarlah makananku malam ini" bisik hati aku..


Aku keluarkan peralatan khemah daripada sarungnya. Besinya patah =(. Aku sekali lagi hampa. Nak tak nak, aku terpaksa buat khemah sendiri. Sudahlah hari sudah hampir gelap.. Aku mencari batang kayu kecil untuk dipacakkan dan mencari daun-daun besar sebagai atap. Nasiblah khemah tidak berdinding. cukuplah sekadar untuk tidur. Malam makin menjelma. Aku sudah tidak pasti di mana aku kerana kompas dan peta tiada dengan aku. Aku berserah je kepada tuhan atas keselamatan aku.


Mujurlah aku pernah menyertai pengakap sewaktu zaman sekolah dahulu. ketiadaan mancis untuk menghidupkan unggun api dan membakar " tenggiling" itu aku settlekan dengan menggeselkan dua biji batu sahaja dan ku letakkan pada daun2 kering. Berguna jugak ilmu yang aku pelajari tuh.Bunyi pelik memang aku dengar tapi aku buat bodoh je. Jangan dilayan!! makin dilayan makin dia datang. aku perasan ada kain putih yang melayang-layang.sekejap dekat, sekejap jauh.. namun, aku tidak hiraukan..


Hanya ayat-ayat Al-Quran sahaja jadi peneman di kala malam yang sunyi di hutan bersendirian. Risau, takut semua ada. Terlelap juga aku akhirnya sambil kekenyangan makan tenggiling bakar buat pertama kali dalam hidupku. Keesokannya aku meneruskan perjalananku semula.. Namun, hati aku masih terfikir akan kain putih itu. Biarlah ia menjadi misteri!!


p/s macam karangan budak darjah 6 je.muahaha.tak retilah nak bercerita2 ni..SETTLED!! oo yeah!! cerita di atas adalah rekaan semata-mata. tiada kaitan dengan hidup penulis


17 comments :

Faizul Osman said...

yg penting cerita mudah difahami.... mcm mane PCB dpt cabaran ni??? nk thu jugak...

Rapunzeel Cikilolo said...

wah. ade pertandingan ke PCB?

[PCL] said...

xpe..karangan ni cikgu baca sepenuhnya.

mohdhazlan Dreadlock said...

haha ....gudluck bro ..:)

NAL said...

hahaha..all the best PCB. ^^

Awie Omar said...

terima kasih buat tugasan ni :)

Awie Omar said...

SISTEM UNDIAN
NTB2 akan menggunakan sistem undian untuk menyingkirkan peserta dari permainan.

Anda berada di kedudukan TOP 4 dalam CARTA MINGGUAN episod 6
yang akan dipostkan Khamis ini.

Maka itu...
Anda diminta memilih salah seorang dari mereka untuk disingkirkan dalam
episod 7 nanti. Mereka bertiga berada di kedudukan tercorot dalam carta

Allya Syahirah

Cik Puan Muda Umi

Nor Zilla

Umumkan keputusan anda dalam kotak komen
entri NTB2 - Episod 6
sebelum Ahad - 3/6/2012
Terima kasih :)

pena rozie said...

Good Luck...

anak cik talip said...

bwk helikopter selamatkn PCB sblom abes tenggiling pupus kt hutan hohoho

Ayuni said...

PCB, ntah2 kain putih tu baju anak dara org bunian, hikhik....

Iffah Afeefah said...

thumb ups beb

ko da ley karang cte cinte lak kah3

Atiqah Wadiah said...

nape tenggiling?euwww..btw,cerita best..tp klu ada unsur lawak lg best..just opinion :)

アヌムちゃん said...

waa..lama tak jenguk sini~~

Nong Andy said...

er.. tengiling boleh di makan? hehehe

*thanks baca n komen cerpang saya :)

Shafiq said...

Teruskan PCB! :-)

deno said...

karangan yg baik! lama deno tak buat karangan :p

Sam Bredariol said...

Hahaha..lawak doh komen suruh selamatkan kau pakai helicopter smata2 nak selamat tenggiling dari pupus..haha..berdekah aku baca! :DD