Monday, June 25, 2012

TIGA KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN KETIKA BERCINTA



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Malam ini PCB ada makan-makan. So, macam tak sempat nak buat proper entry. Tapi, PCB try to make at least a simple entry untuk semua readers. =D.


Kali ini PCB masih lagi ingin bercakap tentang cinta. Tapi, topik yang PCB ingin kupaskan secara ringkas kali ini adalah kesilapan yang sering dilakukan ketika bercinta.




1) Sikap terlalu mengongkong


Memang anda tengah bercinta, tapi itu tak semestinya anda perlu berkepit dengan pasangan anda 24 jam. Anda perlu ingat mereka juga punya kehidupan yang perlu diuruskan. Mereka juga punya kawan-kawan dan sahabat. Mereka juga perlukan masa untuk bersendirian. Jadi, bukan tidak boleh bersama dengan yang tersayang, tapi kawal dan berikan masa untuk pasangan anda melakukan aktiviti lain.


2) Terlampau cemburu


Memang diakui pasangan bercinta akan cepat sensitif dan terlampau cemburu bila melihat pasangannya bersama orang lain. Cuba buang sifat cemburu anda yang terlampau. Cemburu boleh tapi biarlah berpada-pada. Biar cemburu sebagai langkah berjaga-jaga. Bukan cemburu sehingga menyebabkan pasangan anda rimas dan menyampah dengan anda.


3) Ingin kesempurnaan


Kesilapan besar dalam perhubungan adalah jika anda membandingkan kemampuan pasangan anda dengan orang lain. Jika anda menyayangi pasangan anda, terima kelebihan dan kekurangan dia. Jangan cuba bandingkan mereka dengan orang lain. Itu sedikit sebanyak melemahkan semangat mereka dan mereka merasa sangat kecewa. Terima mereka seadanya. itu lebih penting.



PCB bukanlah arif dalam bercinta.Tapi ini berdasarkan pengalaman dari kawan-kawan dan dalam kehidupan seharian. Semoga tips ini dapat membuatkan anda dan pasangan anda lebih bahagia. selamat mencuba!!


p/s makan kat manalah malam ni ye? Rindu awak =(

20 comments :

Sam Bredariol said...

aku admit,sbb terlalu memcari kesempurnaan lah aku hilang apa yg aku ada skg..but well, i guess i'm ok.. :) tapi dalam hati tuhan je tahu.. :)

MyMy said...

the most and worst ever things people always do is 'controlling'..

selagi hubungan tersebut hanya bertitik kan 'couple' tak payah laa nak control bagai segala.. lain la kalau daa 'nikah'..

kann? :)

babycomel said...

takut nak mencari kesempurnaan kerana diri jugak tak cukup sempurna.. 3 sifat ni pun tak patut ada kan, sebabnya hanya merosakkan cinta tu je..

zuhaida said...

semua tu sy pernah buat. adoii. rasa macam takbaik sangat buat macamtu tapi kdg2 sikap tu terjadi sendiri je.

Mak Lagenda said...

Yeahhhh..ketiga2 point tu mak setuju sgt2 wan.

Klu kapel mak ada salah 1 point di atas pun mak dah angkat kaki, inikan plak klu ada 3-3. Hahaha..memang sah mak cabottttt...

вʋввℓɛ ρσρƨ said...

haha ;) ntah la. bg hana, hana terima seadanya pada dia. coz siapa kita nak memilih kan?? hebad sgt ke kita nie kn, hee. ;)

Shafiq said...

Tolak ansur dan saling cuba memahami juga penting. hehe.

sweetkurma said...

mana ada yang sempurna...kita kena terima seadanya pasangan kita...

where to shop said...

Ingin kesempurnaan,, men always want younger women and beautiful

NAL said...

takkan ada yg sempurna kerana kesempurnaan itu adalah milik ALLAH..

Momo said...

tetapi mereka-mereka di luar sana tetap mencari kesempurnaan yang sesuai dengan jiwa mereka..mereka yang kurang sempurna dihancurkan hati diremukkan perasaan.. kejam kan? tapi inilah dunia yang terpaksa kita tempuh..

-gedek! said...

zaman bercinta zaman hormon tak stabil... haha!

khairolina said...

paling xsuka kalau mengongkon,

Alieza Dayasari said...

lagi satu kesilapan yang sering saya lihat pada hbgn jarak jauh.. adalah "bersikap terlampau TERBUKA"... ermmmmmmmmm

kaizen said...

agree sumer ni bahaye dlm bercinta...

*kawen terus laa xyah cinta2 sgt b4 kawen

iKhRam said...

saya bersetuju sangat2..
3 perkara ni mampu membunuh cinta yg baru bertunas

tq dgn info

salam perkenalan.

Alieza Dayasari said...

nak bagi idea pada awk ni... cuba wk try buat entri berkaitan...
KENAPA SESEORANG INSAN BERLAKU CURANG/SKANDAL BILA PASANGANNYA JAUH?

deno said...

semua ni memang patut dielakkan ketika bercinta..... beware...

Shazney Shamsuddin said...

selalu kot jadi camnie sebab tue selalu gaduh huhuhuhu

Sunah Sakura said...

macam tu eks wan? ooooooo.... *budak baru belajar*