Monday, June 11, 2012

WHAT I HAVE LEARNT FROM TWITTER



"Kejayaan besar seseorang dalam twitter apabila semakin banyak statusnya di retweet dan favorite" (Rozuan 2012a)


"Selebriti twitter adalah golongan di mana bilangan follower menjangkau angka yang lebih tinggi berbanding bilangan following" (Rozuan 2012b)


logo baru twitter,hapdet bai.



Hai twitterjaya.. bai, sekarang orang mana pakai dah Facebook ni. dulu ok la Facebook ni jadi main social network. sekarang ni zaman tweet-tweet je. zaman like-like dah lama berlalu. PCB salah seorang yang memiliki akaun twitter. bukan nak kelihatan up-to-date. tapi nak mengumpat kawan-kawan kat FB yang ramai sangat sekarang ni nak jadi ustaz dan ustazah alam maya. #antiustazustazahFB


uols kena hapdet ok. apa itu tweet, retweet, favorite, trends. nanti kawan tanya, kalau uols tak mampu jawab, segan dowh. tak up-to-date.kihkih. #banggaadatwitter


ok PCB dah meroyan. back to topic. What I have learnt from Twitter? basically lebih kurang sama macam what I have learnt from FB. tapi ni blog PCB, suka hati r tajuk apa. nak tukar, wat blog sendiri le. #silajanganikutperangai sombongini



1) kehadiran golongan "attention seekers"

awak-awak, nak tahu tak, ada orang tuh kan. dia dah tweet 2 minit lepas, lepastuh tak de orang reply,retweet, favorite pon tweet dia. dia delete balik tweet tuh dan tweet sekali lagi status yang sama. Erk. Apa kejadah sampai post benda sama dua kali? dia nak orang retweet status dia lettew.


2) manusia gemarkan gossip

kalau malam itu ada function nyanyi-nyanyi kat TV, tak pon ada anugerah itu ini, saya gemar tengok trends dekat Twitter taw. Mula-Mula Najwa Latep nyanyi, satu saat lepas tuh terus nama Najwa Latep jadi trends. Pastuh, kak Siti nyanyi, tak sempat satu kelip mata terus jadi trends kat twitter. begitulah akan berlaku seterusnya. bila baca balik apa yang dia orang tweet tuh, amboi, bukan main sakan lagi mengumpat artis-artis ittew ye. sebab tuh PCB cakap, medan twitter punya gossip lagi hebat. #kakitwittersukagosip


3) manusia semakin kurang privasi.

satu minit, 5 kali dia tweet. asyik nama dia saja yang muncul dekat timeline. mana taknya. pergi makan nasi goreng pattaya pon tweet, korek hidung lepastuh hidung luka keluar nanah pon tweet, beruk mengorat dia pon dia nak tweet. semua orang tahulah apa yang dia buat. seolah-olah macam dah takde pulak privasi hidup dia ye.semua nak dikongsi. berpada-padalah dik, silap haribulan nasib buruk menimpa. #janganovertweet



oklah. PCB malas nak tambah lagi.banyak je. korang tambah sendiri dekat ruangan komenlah ye.hikhik. alang-alang PCB dok citer pasal twitter nih, jempot-jempot lah join twitter PCB .kita buat geng gossip-gossip.suka suka!! huhu.


ok lah you guys. tweet-tweet jugak exam jangan lupa.dah dekat sangat nih. Pada yang belum join review blog PCB, bolehlah godek entri sebelum ni ye. khamis ni last.


p/s In vitro fertilisation ni susahkan nak belajar dia. pening kepala i taw.


27 comments :

Anak Ulu Cheka said...

entah lah x ambik pot sgt twitter ni :)

hafiz hafizol said...

Hahaha... aku syok sendri je kat twitter tu..

LittleSunshine said...

hahahaa..
setiap 1 minit bley buat 5 tweet.
awesome laa..

CikMai said...

lebih suka fb dan blog...

Cik Pulau said...

da pollow pcb punya twitter.. :P

AmyZana said...

ada twitter pun jarang tweet ape2~ retweet je org punye statement ~

Iffah Afeefah said...

sbb twtter la ramai jd gado

Ayuni said...

x minat Twitter....

whitecappuccino said...

twitter pun takder..

ecadwinkyasha said...

ada twitter tapi xreti nak guna..lepas ne nak guna la..sebab nak ngumpat cikgu2 kt sekolah..dorg ngumpat guna bahasa cina.ahaha..xsuke

Marya Hana said...

coiiiii entry kau ni,
aku takde twitter do..

pemalas nak create acc, fening..

Mak Lagenda said...

Mak prefer twitter drpd FB. Twitter lbh happening rasanya..

kiera'sakura said...

x reti nk komen pasal twitter.. huhuhuhu

Alieza Dayasari said...

hooooo..... ada twittertapi tak reti der nak mengguna nyer... alek2 terbiar di situ.

NAL said...

NAL memang suka tweet2 ni tapi ikut mood la :)

Awie Omar said...

SISTEM UNDIAN
NTB2 akan menggunakan sistem undian untuk menyingkirkan peserta
dari permainan.Anda berada di kedudukan TOP 4 dalam CARTA MINGGUAN
episod 9 yang akan dipostkan Khamis ini.

Maka itu... Anda diminta memilih salah seorang dari mereka untuk
disingkirkan dalam episod 4 nanti. Mereka berdua berada di kedudukan
tercorot dalam carta.

Hairy
http://fanomena.blogspot.com/2012/06/tips-berhadapan-lelaki-lemah-semangat.html

Nisa Adnan
http://hanisaya.blogspot.com/2012/06/14-wordless-wednesday-rumah-impian.html

Umumkan keputusan anda dalam kotak komen entri NTB2 - Episod 8
sebelum Khamis - 14/6/2012
Terima kasih :)

Awie Omar said...

MINTA MAAF. ADA KESILAPAN TELAH SAYA LAKUKAN

SISTEM UNDIAN
NTB2 akan menggunakan sistem undian untuk menyingkirkan peserta
dari permainan.Anda berada di kedudukan TOP 4 dalam CARTA MINGGUAN
episod 9 yang akan dipostkan Khamis ini.

Maka itu... Anda diminta memilih salah seorang dari mereka untuk
disingkirkan dalam episod 4 nanti. Mereka berdua berada di kedudukan
tercorot dalam carta.

Hairy
http://fanomena.blogspot.com/2012/06/tips-berhadapan-lelaki-lemah-semangat.html

PCL
http://www.pakciklie.com/2012/06/selamat-tinggal-sp.html

Umumkan keputusan anda dalam kotak komen entri NTB2 - Episod 8
sebelum Khamis - 14/6/2012
Terima kasih :)

NISA ADNAN ADA IMUNITI TIDAK BOLEH DIUNDI KELUAR MINGGU INI.

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

sedang belajar bertweet...x reti laa PCB..

Sharidawati Shahrudin said...

kak sha sukaaaa meroyan dlm tuit..haha

Puteri Iqa Izyan said...

main tulis jeee kat twitter. membebel sorang2. tak kisah lah org bace ke tak. haha

LaLa mhdnor said...

betul cakap PCB.
dah pernah jumpa orang yg suka tweet apa yg dia buat, tiap saat update.

azalia hjsalleh said...

kena pandai kawal diri juga..
bukan semua kita boleh kongsi dlm alam maya sama ada di blog/ fb or tweet sekalipun..

Momo said...

sakit perut pun nak bagitau..apa ke hal ka?

deno said...

deno ada twitter tapi jarang sgt pegi... huhu.. xde apa nak gtau

Sam Bredariol said...

twitter - kalau follow orang lain je pastu harap orang tu follow kita balik..

its a big NO NO NO..!

tak perlu nak mengejar atau mendambakan jumlah follower yg ramai..pada aku, aku lebih suka kalau x ramai follower (lg2 yg kenal aku)..haha..so kalau nk mengumpat or nak luah rasa hati xdelah rasa segan sgt mcm kat fb..

p/s : aku prefer twitter dari fb..

ctk said...

ct pon bru nk kenal2 twitter...xreti lg..xthu nk tweet pe...asek tgk org tweet je...haha

KiD said...

shakiddo.com tweet entry je selalu.. hehehee