Tuesday, July 10, 2012

BEZA PENGALAMAN SEORANG PEKERJA DAN SEORANG PELAJAR



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kalau korang perasan, PCB memang jarang sangat update blog sejak kebelakangan ni. Untuk yang belum tahu, PCB sedang menjalani praktikal selama 3 bulan dekat MARDI Kuala Kangsar. so, bila dah bekerja ni, memang tak de masa sikit nak online. fokus pada kerja tu penting, walau sekadar praktikal.


Seriously, alam pekerjaan yang PCB lalui sekarang ni sangat berbeza dengan alam sebagai seorang pelajar. totally different.Nanti PCB ceritakan kat bawah ye apa beza antara dua perkara ni.



sekadar gambar hiasan..


1) waktu rehat dan bersuka-suka


waktu zaman belajar dulu, walaupun stress belajar, at least ada jugak masa untuk keluar lepak kedai mamak malam-malam, pergi tengok wayang, makan-makan, tapi bila dah bergelar pekerja ni, waktu untuk bersuka-suka sudah limited. Waktu belajar, kelas bukannya pack pon. ada banyak gap. Tapi bila kerja, start 7.30 pagi sampai 5 petang. padat jadual. memang penat dan letih.


2) perlu bangun pagi..


Setiap hari bekerja kena gigih bangun seawal 6 pagi untuk bersiap ke tempat kerja. berbeza sungguh masa zaman universiti, bangun pagi hanya untuk solat subuh dan tidur balik. Tapi, kali ini bangun pagi sebab kena gigih siapkan diri agar tak masuk kerja lambat. biaselah, kerja kan ada punch card. Kan merah punch card tuh, maw tak bising bos nanti. Jadi, bila bekerja ni, memang sinonim sangat dengan bangun awal pagi.


3) berdisiplin 


Bila dah kerja ni, kita tak boleh nak buat ikut cara sendiri je. Kena ikut arahan bos cakap. Kalau dia nak yang itu, yang itulah yang kena dibuat. jangan dilawan cakap bos. silap besar tuh. Time kerja jugak kena pandai bergaul dengan pelbagai golongan pekerja dari background berbeza. Jangan kera sumbang sangat. Kalau zaman belajar tu, ada yang jenis belajar sorang-sorang, tapi bila time kerja, dah x leh kerja sorang-sorang. Kerja dalam satu kumpulan.



rasanya itu je kot yang PCB sempat kongsi untuk kali ni. yang pasti bila PCB start kerja, PCB rindu zaman belajar PCB.rindu sangat. =(. Hargai zaman belajar anda.



27 comments :

NAL said...

nasihat yang berguna PCB. Thanks

Cik Rongoks said...

kena bangun pagi tu yg susah sikit. hahaha

Sam Bredariol said...

alah..mcm aku suruh org yg punch kad..staff pn jnis sporting..dieorg yg volunteer punch..

saya_arief said...

keje lagi best. tapi belajar pon best jugak senanye.
:)

CINTA UNTUK KITA said...

nsht untuk msing2..hehe :) tq!

hazman aka species1980 said...

camtu la kan.... bertindak mengikut arahan..... tapi nanti kalau keje opis ngan keje syif lain pulak management dia

nini said...

betoi....zaman belajar best..kekadang kalo rasa malas nak p kelas...tayah p....kalau keje tak leh ponteng da...=D

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Setuju sangat. Memang berbeza kerja dan belajar ni.

athirah said...

lagi suka kerja dari belajar... kadang2 la... hehehe

Sharidawati Shahrudin said...

u can do it !!!!

come on !!!! hehehe

nnt tlg promote first giveaway blog kak sha boleh? huhu

Alieza Dayasari said...

saya rindu zaman sekolah saya juga.. hehehehe

Alieza Dayasari said...

saya rindu juga kawan baik saya. wlpn kini sama tmpat belajar, tp kami tak baik mcm dulu. sbb dia junior saya .. busy dan tak sama jadual. sesungguhnya, saya tak pernah temui rakan sebaik dia. love my dear rahilah jaafar.

eyjalukman said...

smoga pcb sntiasa bekerja dgn baik :) hehe

Mak Lagenda said...

kannnnnnn...time belajar la time yg paling best mak rasa. WALAUPUN ada time stress nak kejar dateline summit asement or nak exam,but klu kita imbau blk time tu, itu la time yg paling menyeronokkan.

So now..mak enjoying do my study. :)

Denaihati said...

waktu belajar boleh buat silap yg sbb masih belajar, bila dah kerja kalau banyak buat silap, bahaya utk pekerjaan kita tu.

Affan said...

Bila fikir blk, mcm risau lak ye bila kerja. Tapi masa belajar skg ni rasa nak grad cepat dan kerja sbb dah penat belajar. hehe

Diya Edhayaa said...

mmg lain pn. tym praktikal ni kdg2 ade gk rase pressure. mne nk siapkn lesson plan, esymen b'timbun. fuhh! menguji ksbran.

Bean Moreno said...

actually LI tu bagus sebab dapat dedahkan pada situasi sebenar pekerjaan ;)

- abdul hadi abdul muti - said...

belajar dengan tak belajar lebih kurang je. maybe time belajar, bonding kita dengan kawan2 lagi kuat kot. tu yg tak terasa stress tu. huhu

Awie Omar said...

Kepada Rozuan (juri final Blogger 2 : Fantasy Forest)

Di harap Rozuan dapat membantu saya dalam membuat pilihan dalam
mencari juara untuk Blogger 2 : Fantasy Forest. Pilih salah seorang
antara 2 peserta dibawah sebagai juara untuk musim ini.
PESERTA 1 : Incik Hasmi
PESERTA 2 : Allya Syahirah
Umumkan satu nama SAHAJA di dalam kotak komen di entri dibawah ini SAHAJA.
(bagi mengelakkan keputusan diketahui awal)

http://awieomar.blogspot.com/2012/04/10-respon-untuk-budak-minta-bantuan.html

Saya akan kunjungi entri ini semula untuk mendapatkan maklum balas
dari Rozuan. Pilihan hendaklah dibuat sebelum 19/7/12.

Sebagai peringatan, undian tetap dikira walaupun TIADA pilihan
dibuat oleh Rozuan. Segala kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Momo said...

rindu nak belajar lagi....:(

Sharidawati Shahrudin said...

rindu kat entry2 PCB.. komen walopun kak sha dah pernah komen kt n3 ni.huhu

zacky786 said...

oo da praktikal .. :)

all the best..

Iffah Afeefah said...

ye mmg beza

xnmpak btg hidung da ko ni

Mama Kembar 3 said...

betul, betul, betul! zaman blajar adalah masa paling best, no worries except nak skor studi.

Arham Md Ali said...

Member-meber yang dah kerja semua rindu time zaman sekolah, saya pulak 2 tahun lagi baru kerja, tapi memang sekarang pun dah nampak yang zaman nak enjoy dah nak habis.

Ezad Skytech said...

tu la kan..rindu time belajar..belajar tak penat sgt mcm bekerja kan...sbb time belajar byk masa...kalau kerja confirm dari pagi sampai petang...